[WomenEmpowerment] Projek Ternakan Lembu

MyCARE meneruskan kempen pemerkasaan wanita melalui agensinya Rose2Rose dengan melaksanakan projek ternakan lembu yang dikendalikan oleh 2 orang wanita yang memerlukan di Gaza.

Kedua-dua wanita ini tinggal di bahagian pedalaman dan mempunyai pengalaman menternak lembu.

 


 

 

 

 

 
Projek ini ingin membantu ekonomi para penerima manfaat bagi menampung tanggungan yang dijaga. Salah seorang daripadanya mempunyai ibu yang menghadapi diabetes dan hypertension, ayah sebagai pesakit Alzheimer dan adik mempunyai mental illness yang memerlukan ubat-ubatan yang berkos tinggi.
 
Malah, lembu yang diternaknya terkorban dalam perang tahun 2014 akibat terkena serpihan roket dari rejim Zionis. Tambahan, beliau menanggung hutang yuran universiti pembelajaran abangnya.
 
Sebagai permulaan, MyCARE telah menaja 2 ekor lembu sebagai sebahagian daripada projek pemerkasaan wanita.

 

 

 

 


 
Atas pengalaman yang cukup dan usaha keras, mereka berjaya menguruskan projek ini serta memanfaatkan hasil ternakan.
 
Ekonomi keluarganya juga kini bertambah baik.
 
Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE yang sentiasa memberikan sokongan kepada usaha-usaha yang dilaksanakan.
 
Teruskan membantu di:
https://donate.mycare.org.my/
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang