Warga emas bersama bantu Palestin

Alhamdulillah, Tepian Rimba Villa, Hulu Langat telah menganjurkan Program Tadabbur Surah Al-Mulk bersama Ustazah Dr. Hanisah Afandi. Seramai 44 orang peserta, terdiri daripada pesara dan warga emas yang berhati besar, hadir dengan satu niat iaitu membantu saudara kita di Palestin.

 

Mereka bukan sekadar mendengar tetapi terus bertindak menyokong Program Makanan untuk Gaza Rose2Rose melalui sumbangan yang telah disalurkan.

 

 

Aktivis R2R, Saidatul Syuhada, turut berkongsi perkembangan terkini di Gaza, termasuk bantuan yang telah disampaikan oleh Team MyCARE Gaza di mana 30 buah bakul sayuran untuk keluarga di sana.

 

Malaysia akan terus bersama dan membantu Palestin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000