Update Misi Sukarelawan Cianjur: KeAngkaSA #7

Perjalanan kami menelusuri khemah sementara penduduk yang terkesan gempa ketika ingin menjalankan aktiviti khidmat sosial sangat menyayat hati. Perasaan ini kami sembunyikan sepanjang aktiviti mengecat untuk rumah-rumah baharu atau disebut sebagai Rumah Hunian Sementara (Huntara). Proses pembinaan Huntara telah siap dibina hampir 90% dan proses mengecat ini merupakan proses terakhir bagi menambah seri kediaman mereka di Kampung Barukaso.

 

Pembinaan rumah mereka ini tidak mengambil upah daripada tenaga kerja luar. Rata-rata penduduk kampung di sini mempunyai kemahiran bertukang sendiri. Sewaktu menziarahi mereka, ada keluarga yang masih tinggal di khemah sementara atau dipanggil sebagai Rumah Senyum, malah ada juga yang baru sahaja 1 minggu mendiami rumah yang telah siap dibina.

 

 

Kami diagihkan kepada 2 kumpulan bagi aktiviti mengecat, yang melibatkan 2 rumah masing-masing kepunyaan Pak Raka dan Pak Erob. Selain itu, aktiviti ini telah memberi pengetahuan kepada sukarelawan berkenaan proses pembinaan sesebuah kediaman di daerah Cugenang, Cianjur di samping memberi dokongan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka dalam menyiapkan kediaman untuk mereka berteduh.

 

 

Semoga mereka terus tabah mengharungi panas dan hujan yang melanda, sekaligus dapat kembali ke rumah kediaman yang lebih baik yang telah siap dibina.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju