Update Misi Sukarelawan Cianjur: KeAngkaSA #4

Setelah selesai melawat kawasan tanaman kelompok tani di Kampung Pasir Sapi, Desa Sukamulya, kami berkesempatan menziarahi Pesantren Ma’had Abdullah bin Abbas (MABAS). Pesantren ini mempunyai santri (pelajar) lebih kurang 50 orang dan mereka berumur lingkungan 20 hingga 27 tahun.

 

Pesantren tersebut antara bangunan yang turut terkesan oleh bencana gempa bumi yang terjadi. Banyak kerosakan yang berlaku di asrama para santri dan sehingga kini bangunan mereka masih dalam proses pembinaan dan ubahsuai.

 


 

 

 

 

 

Sungguh mengagumkan, tatkala mereka redha untuk berdamai dengan takdir, ikhlas dan masih mampu tersenyum memuji Allah S.W.T walaupun diuji dengan gempa bumi yang dahsyat. Para santri ini juga malah yang turun membantu masyarakat di kawasan kampung berdekatan dengan menyediakan makanan buat mereka.

 

Maka antara bantuan yang kami lakukan untuk menyantuni para santri ini kembali adalah dengan menghidangkan makanan tengah hari atau Agihan Hotmeal Berhidang buat kesemua mereka.

 

 

Sesuai didikan di MABAS dan seperti sabda Nabi Muhammad, maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk