Tabung Kecemasan Untuk Yaman

MyCARE dengan berat hati ingin berkongsi situasi yang semakin memburuk di Yaman.

Sehingga Ogos 2024, keadaan banjir di Yaman telah memberi impak yang dahsyat, memburukkan lagi krisis kemanusiaan di negara itu.

Banjir yang bermula pada akhir bulan Jun bertambah buruk sehingga awal Ogos telah menjejaskan lebih 34,000 keluarga di beberapa wilayah termasuk Hudaydah, Taiz dan Marib.

Angka kematian telah mencecah 57 orang.

Banjir besar ini telah mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat.

Sebanyak 7,179 kes kerosakan fizikal di kem-kem IDP telah dilaporkan, dengan ribuan lagi kehilangan bekalan makanan, tangki air dan rangkaian kumbahan rosak, serta kehilangan harta benda peribadi.

Kerosakan ini memaksa mereka tinggal di penempatan sementara yang turut terjejas akibat bencana ini.

Kini, anak-anak kecil terpaksa tidur di tempat yang berlumpur tanpa selimut yang hangat. Ibu bapa hilang arah untuk memberi makan kepada anak-anak mereka di tengah-tengah kemusnahan ini.

Air banjir pula membawa ancaman penyakit berbahaya seperti malaria, demam denggi, dan kolera.

Mereka perlukan bantuan segera, dan di sinilah kita semua boleh memainkan peranan.

Mari bersama-sama kita hulurkan tangan, ringankan beban mereka yang sedang diuji dengan ujian berat ini.

Ayuh lakukan sesuatu tidak kira besar atau kecil. Hulurkan sumbangan anda di:
https://mycare.qrd.by/kecemasanyaman

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan