Sumbangan MyPrihatin bantu bayar sewa rumah

Pada 6 Ogos 2023, team MyCARE telah turun membuat penilaian atas permohonan dari Saudara Zainal (bukan nama sebenar). Beliau menyewa di Seksyen 18, Shah Alam bersama isteri dan seorang anak. Beliau telah diberhentikan kerja atas masalah kesihatan kesan daripada kerja yang dilakukan sebelumnya.

 

Sebelum ini, beliau merupakan operator bahagian mengecat komponen. Kesan dari penggunaan cat semburan selama bertahun-tahun, beliau telah menghidap sakit paru-paru dan diberi cuti sakit yang lama. Doktor telah menasihatkan beliau agar menukar jabatan dan membuat kerja yang lain. Namun, pihak majikan tidak bersetuju dan beliau telah dinasihatkan agar berhenti. Isteri beliau juga seorang operator kilang terpaksa menyara keluarga selama hampir 8 bulan.

 

Setelah Encik Zainal sembuh sepenuhnya, hampir 6 bulan beliau mencari pekerjaan sebagai operator kilang dan akhirnya beliau berjaya mendapatkan pekerjaan tersebut. Sementara mendapatkan gaji yang pertama beliau telah memohon untuk bantuan dari segi kewangan untuk membeli barangan dapur, yuran tadika (RM35 x 3 bulan) dan sewa rumah (setengah bulan).

 

Pihak MyCARE telah membuat semakan dan penilaian atas permohonan ini dan dalam masa 48 jam bantuan telah disalurkan kepada Encik Zainal. Yuran tadika telah dibayar kepada pihak pengurusan dan sewa rumah telah dibayar kepada tuan rumah. Wang tunai telah diberi kepada beliau untuk membeli barangan basah.

 

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang kempen MyPrihatin atas keprihatinan membantu beliau yang terdesak sementara menunggu gaji pertama.

 

Jom terus salurkan bantuan melalui kempen MyPrihatin, kami akan kongsikan setiap agihan yang dilaksanakan.

 

Sumbangan boleh dilakukan:

 

Terima Kasih Orang Baik.

3 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!