Shopping Raya bersama anak yatim Rohingya

SUBANG JAYA, 3 Jun 2018 – Alhamdulillah selesai sudah acara “Shopping Raya” bersama anak-anak yatim Rohingya. Acara ini dianjurkan oleh Bahagian Penajaan MyCARE untuk menyantuni mereka dalam persediaan menyambut Syawal.
Seramai 41 orang anak yatim dan dua orang guru pengiring daripada Madrasah Muinul Islam, Klang dan Madrasah Darul Hijrah, Kuala Lumpur, menerima RM100 setiap seorang untuk membeli-belah. Mereka dibantu oleh para sukarelawan MyCARE dalam pembelian baju raya, kasut dan lain-lain.


Rata-rata anak yatim tersebut belum pernah berkesempatan untuk membeli barangan mereka sendiri. Mereka begitu teruja dapat membeli keperluan peribadi seperti baju melayu, jubah, kasut, jam dan lain-lain untuk Hari Raya.
Jutaan terima kasih kepada pihak MYDIN Malaysia, Subang Jaya di atas kerjasama dengan memudahkan urusan untuk anak-anak ini membeli-belah melalui diskaun istimewa dan kaunter khas serta pek cereal sebagai cenderahati.


Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Akhir sekali, tak dilupakan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penaja sama ada yang telah menyumbang secara bulanan atau secara umum untuk Program/Kempen Penajaan MyCARE. Semoga Allah merahmati usaha kalian di bulan Ramadan penuh barakah ini.
Nota: Sejak 2010, MyCARE telah menguruskan 2,434 orang anak yatim di negara Palestin, Syria, Filipina, Rohingya dan Iraq. Hanya RM190 sebulan atau RM2,280 setahun bagi seorang anak yatim Palestin, Syria dan Iraq. Penajaan anak yatim Rohingya dan Rohingya pula adalah sebanyak RM125 sebulan atau RM1,500 setahun. Kepada yang berminat, boleh layari : http://bit.ly/JomTaja
Hubungi 03-8941 2341 / 013-744 4760 (Pn. Raimi atau Pn. Norlela) untuk maklumat lanjut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per