Fasa pembungkusan pek makanan MyRamadan 1439H

Sumbangan anda telah sampai ke Gaza. Dari tangan anda ke tangan mereka!
Alhamdulillah. team kami di Gaza telah siap packing pek makanan yang disumbangkan rakyat Malaysia yang prihatin. Pek makanan ini akan diagihkan di beberapa check point di seluruh Gaza untuk golongan miskin dan memerlukan. Bagi penerima manfaat yang tidak berkemampuan untuk mengambil sumbangan seperti warga tua, sukarelawan kami akan menyampaikan terus ke rumah mereka.




Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE Gaza juga sedang bertungkus-lumus untuk mengadakan majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yatim, orang-orang tua, pengamal perubatan (doktor, jururawat dan lain-lain) dan para guru. Para doktor dan guru ini diraikan khas atas keikhlasan mereka berkerja tanpa meminta gaji tinggi dan tetap meneruskan pekerjaan mereka walaupun sejumlah besar gaji mereka tertunggak.
Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita belum lagi mendapat tajaan makanan dan hadiah Raya.
Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh terus salurkan sumbangan anda ke https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau
Whatsapp/Telegram ke 018-9089282
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah.
Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza

Bantu bina semula Gaza

Baru-baru ini Google Maps telah kemaskini peta Gaza. Bumi yang dahulunya dipenuhi deretan rumah kini berubah menjadi padang jarak padang tekukur.Menurut laporan penilaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Kunjungan AKFP ke Ibu Pejabat MyCARE

MyCARE telah menerima kunjungan hormat dari AlKhidmat Foundation Pakistan (AKFP) yang diwakili oleh Mr. Syed Ihsan Ullah Waqas, Naib Pengerusi AKFP bersama Mr. Ahmed Toor,