Selamat Menyambut Tahun Baru 1438H

Bersempena dengan 1 Muharam, MyCARE mengucapkan ‘Selamat Menyambut Tahun Baru 1438 Hijrah’ kepada seluruh umat Islam.
Kemunculan tahun baru adalah batu tanda penting untuk kita muhasabah amal yang telah dilakukan sepanjang setahun yang lalu. Sebagai sebuah badan bantuan kemanusiaan, MyCARE merasa sangat bersyukur di atas sokongan seluruh rakyat Malaysia merentas kaum dan agama di dalam menjayakan pelbagai kempen bantuan kemanusiaan MyCARE di pelbagai penjuru dunia di dalam dan luar negara.
Tahun lalu menyaksikan kita berjaya menghantar bantuan kecemasan kepada penduduk Syria di beberapa tempat yang terdedah kepada serangan udara dan kepungan seperti di Aleppo, Darayya, Yarmouk, Ghouta dan Madaya juga bantuan kecemasan untuk rakyat Iraq yang terperangkap di Fallujah akibat pertempuran dengan ISIS.
Bantuan berterusan kepada penduduk Gaza terus mendapat sokongan orang ramai dan sektor korporat. Dengan kerjasama Pasaraya Econsave, lebih daripada RM1 juta dapat dikumpul untuk membina semula sekolah yang musnah dibedil oleh rejim Zionis Israel dalam serangan pada tahun 2014. Bantuan kepada penduduk Palestin di Baitul Makdis dan Tebing Barat turut disalurkan dengan sasaran bantuan bernilai RM1.4 juta untuk pelbagai projek ekonomi, pendidikan, memakmurkan Masjid al Aqsa dan bantuan kepada keluarga balu dan anak-anak yatim.
Selain itu, sukarelawan MyCARE dengan kerjasama pelbagai NGO perubatan seperti IMARET dan IKRAM health terus menyantuni warga Rohingya yang berlindung di pusat-pusat perlindungan imigresen di seluruh negara. MyCARE juga bersama 9 NGO dalam ‘Gabungan NGO ba yang telah diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia untuk menjayakan program migran Syria yang diketuai oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri. Setakat ini sekretariat gabungan NGO Kemanusiaan Syria) telah berjaya menguruskan pengambilan 17 keluarga migran Syria (68 orang) dari segi logistik, pendidikan, perubatan dan penempatan.
Di peringkat antarabangsa, MyCARE telah mendapat kepercayaan dan pengiktirafan apabila dua orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu Dr Fauziah Mohd Hasan dan Pn Norsham Abu Bakar telah dipilih oleh FFC (Freedom Flotilla Coalition) untuk menyertai Misi Women’s Boat to Gaza (WBG). Pada saat perutusan ini ditulis, Dr Fauziah Hasan dan 12 orang lagi peserta dan anak kapal Zaytuna-Oliva sedang mengharungi siri pelayaran yang ketiga dan terakhir menuju ke Gaza bagi memecahkan sekatan rejim Zionis Israel. Dr Fauziah bertindak sebagai doktor perubatan di atas kapal dan diberikan kepercayaan untuk memastikan peserta WBG berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga bagi menjayakan misi ini. Antara anggota misi termasuklah seorang pemenang hadial nobel keamanan dari Ireland Utara dan seorang ahli parlimen dari Algeria. Sama-sama kita doakan semoga misi ini berjaya memecahkan sekatan Israel dan disambut oleh penduduk Gaza yang penuh harap sebagai hadiah tahun baru 1438 hijriah.
Semoga tahun baru hijrah ini menyuntik semangat kepada rakyat Malaysia untuk terus menyumbang kepada kemanusiaan.
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
MyCARE (Humanitarian Care Malaysia)
“Menyantuni Kemanusiaan Mencipta Perubahan”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju