Run for Humanity Melaka

Run For Humanity: Bersamamu Palestin di Bukit Serindit, Melaka berjaya menghimpunkan lebih 650 orang peserta yang berlari penuh semangat demi solidariti buat rakyat Palestin.

 

Acara larian ini merupakan anjuran kerjasama MyCARE dengan Kelab Komuniti Serindit dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah berlangsung meriah pada 25 Oktober 2025, diserikan oleh kehadiran tetamu kehormat antaranya YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman (Datuk Bandar Melaka Bersejarah), YB Datuk Mohd Noor Helmy (ADUN Duyong) selaku perasmi, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar (CEO MyCARE), Puan Roha Hassan (Pengurus Besar Operasi MyCARE) dan Dr. Noorhasyimah Ismail (Peserta FFCxTMTG).

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Turut memeriahkan suasana, influencer larian Ninja Runner dan komuniti hebat seperti Persatuan Pelari Anak Luar Biasa – Little Fighter Runners, Komuniti Serindit, anak-anak dari Rumah Anak Yatim MAIM serta penduduk Melaka.

 

Acara ini turut mendapat sokongan kuat daripada rakan penganjur bersama IKRAM Melaka, IKRAM Muda Melaka, Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia, GEMA Melaka, IKRAM Health Malaysia Melaka, PUTRA Specialist Hospital, dan MAIM — serta para penaja utama termasuk Proton Cars, Al Ikhsan, Klinik Al-Falah Umbai, Dr. Adam, Dr. Azri, Dr. Zafri Helmi, Zahra Asam Pedas, Butik Abaya Jieha Ghazali, Layar Impian, CLIMATEDGE, MJESB, dan Wanita IKRAM Melaka.

 

 

Setiap langkah dalam larian ini membawa mesej kasih dan harapan untuk Palestin. Terima kasih Melaka!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!