Projek telaga air MyCARE X JAWI

Alhamdulillah, satu projek penting di Gaza berjaya dilaksanakan bagi memastikan penduduk terus mendapat bekalan air bersih yang selamat. MyCARE dengan sokongan penuh daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyiapkan kerja penyelenggaraan Telaga Al-Hindi di Kem Pelarian Al-Nuseirat pada 27 hingga 28 Oktober 2025.

 

Telaga ini merupakan sumber air utama kepada ribuan penduduk yang telah lama terkesan akibat kerosakan infrastruktur dan krisis kemanusiaan yang berterusan. Melalui projek ini, pam air lama yang rosak telah diganti sepenuhnya dengan pam baharu yang lebih berkuasa.

 

Paip dan injap juga diganti bagi memastikan pengaliran air lebih lancar tanpa kebocoran. Keupayaan telaga ini kini meningkat kepada 30 meter padu sejam dan kualiti air turut diuji mengikut piawaian WHO.

 


 

 

 

 

Hasilnya, lebih 7,000 penduduk kini menikmati semula akses kepada air bersih untuk kegunaan harian seperti memasak, mandi dan menjaga kebersihan diri serta rumah. Penduduk yang menerima manfaat ini menyatakan rasa syukur dan lega kerana kehidupan mereka kini jauh lebih mudah berbanding sebelum ini.

 

Projek ini bukan sekadar membaiki telaga, tetapi mengembalikan maruah dan keselesaan hidup kepada keluarga yang sudah lama diuji.

 

 

Terima kasih kepada JAWI atas sokongan yang tidak pernah putus dalam memastikan saudara kita di Gaza terus bertahan dan dilindungi.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000

Sediakan khemah untuk musim sejuk

Bagaimanakah anak-anak kecil mampu bertahan apabila tiupan angin dingin mula menyusup masuk melalui robekan khemah usang mereka?Menjelang ketibaan musim sejuk sekitar November nanti, seramai 1.9

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.