Projek Dapur MyCARE

https://www.facebook.com/aqsa.syarif/videos/1548987238458272/
Terima kasih rakyat Malaysia! 30,000 orang menerima manfaat!

MyCARE sekali lagi melaksanakan projek Dapur MyCARE bagi menyediakan lebih daripada 1000 pek juadah berbuka untuk keluarga yang memerlukan setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Menurut laporan pengurus MyCARE Gaza, Ahmad Thabet, seramai 30,000 orang telah disantuni di dalam projek ini.
Kriteria penerima ini telah dipilih dengan teliti oleh pihak MyCARE dan Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin selama 30 hari Ramadan. Antara kumpulan-kumpulan yang menerima ialah keluarga miskin, anak-anak yatim dan rumah orang tua.
Sukarelawan kami memulakan tugasan menyediakan makanan setiap hari bermula dari 5.00 pagi sehingga 30 minit sebelum waktu berbuka. Kemudian juadah ini diedarkan ke rumah-rumah keluarga miskin, pusat-pusat anak yatim, pusat jagaan warga tua, masjid-masjid dan sebagainya. Kerja-kerja pembersihan pula bersambung sehingga pukul 2 pagi.
Dapur ini telah didaftarkan di bawah Department Customer Care Kementerian Ekonomi bagi memastikan proses dijalankan dengan betul.
Ahmad Thabet menambah pada tahun ini MyCARE Gaza berjaya mengurangkan kos bahan makanan lebih daripada 40% berbanding tahun lepas. Hal ini kerana MyCARE Gaza mendapat pengecualian cukai ke atas bahan-bahan makanan yang dibeli, berurusan terus dengan penternak ayam dan pelbagai lagi kos-kos yang tersembunyi.
Alhamdulillah. MyCARE kini menjadi model NGO yang berkhidmat di Gaza serta sukarelawan kami semakin ramai.
“Walaupun terlampau penat, kami tetap gembira.”
Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan.
Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum kempen MyRamadan ditutup. Jom bersama kami membantu mereka! Derma segera di https://www.billplz.com/myramadan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan

Laporan MyQurbani 2026

Alhamdulillah, MyQurbani 2026 berjaya dilaksanakan bagi tahun ke-28 hasil sokongan anda semua.   Sepanjang kempen ini, sebanyak RM2.33 juta berjaya dikumpulkan dan ibadah qurban serta

Kunjungan Global Ehsan Relief ke MyCARE

MyCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Ehsan Relief ke Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan bagi mengadakan sesi diskusi dan pertukaran pandangan