Program sokongan untuk wanita Gaza

Dalam usaha menyokong dan membantu para wanita di Gaza, MyCARE telah melaksanakan pelbagai program psikososial melalui agensinya Rose2Rose. Program ini membantu golongan wanita secara umum dengan pelbagai status sosial sama ada balu, berkahwin atau bercerai yang terkesan dalam serangan ke atas Gaza baru-baru ini oleh rejim Zionis lsrael.

Program ini diadakan selama 3 hari di sebuah restoran yang terletak di pantai Gaza. Pelbagai aktiviti dianjurkan secara fizikal dan mental bagi memastikan tahap mental mereka berada dalam keadaan yang baik. Para peserta sangat bersyukur dan memohon agar program seperti ini dapat diteruskan kerana ia sangat membantu mereka dalam kehidupan yang sukar di Gaza.

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah mengembalikan senyuman kepada para ibu dan wanita di sana.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza