Alhamdulillah, petang semalam Rose2Rose dengan kerjasama MWCQP telah mengadakan mesyuarat pertama bagi projek Mini Library Sandakan di bawah program Gift of Smiles.
Mesyuarat ini turut disertai oleh pihak dari Cahaya Society, Encik Iskandar Syah Ismail (DR Red Bubbles), dan pihak R2R. Setelah mendengar perkongsian daripada En. Wadzkir (CEO Cahaya Society), kami semakin bersemangat untuk membantu anak-anak stateless (tanpa dokumen) yang tidak mendapat pendidikan formal, dengan lingkungan umur antara 7 hingga 18 tahun.
Banyak sungguh kerja kita yang perlu dilaksanakan. Jumlah mereka sangat ramai dan keperluan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang selamat, kondusif, dan bermanfaat amat mendesak. Semoga usaha kecil ini mampu memberi impak besar dalam kehidupan mereka!
Walk for Humanity: Giving Hope
Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan