Alhamdulillah. Atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia termasuk penyumbang di luar Malaysia, MyCARE berjaya menyalurkan sumbangan penajaan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin di Palestin dengan jumlah penajaan sebanyak RM 766,842.35.

Sebanyak RM 423,463.00 telah dimanfaatkan kepada 421 orang Anak Yatim Palestin pada fasa pertama sejak Januari 2016 sehingga Jun 2016 melalui NGO Takaful for Child Welfare.

Seramai 102 buah keluarga miskin di Palestin pula diberikan dana bagi menampung kehidupan seharian dengan jumlah RM 343,379.35 melalui NGO setempat yang dilantik MyCARE iaitu Ghirass for Society.

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja dan penyumbang yang konsisten membantu memberi dana kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin di Palestin. Terima kasih atas keprihatinan dan kasih sayang kepada mereka walau tidak pernah bersua muka.

Bagi anda di luar sana yang berminat untuk menaja anak-anak yatim yang memerlukan perlindungan, masih terdapat 1275 orang anak yatim yang menanti penajaan dermawan yang prihatin.

Penajaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Tempoh penajaan minima adalah selama setahun dan penaja digalakkan untuk terus menaja sehingga anak-anak ini berumur 18 tahun.

Ayuh sebar dan luaskan Program Penajaan Anak Yatim MyCARE ini agar kita dapat sama-sama mencipta masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini.

Borang online boleh didapati di sini: http://bit.ly/JomTajaAnakYatim

Pihak MyCARE juga menerima sumbangan dalam apa sahaja amaun untuk Tabung Umum Penajaan Anak Yatim. Tabung ini akan kami manfaatkan untuk membantu anak-anak yatim yang masih belum mempunyai sebarang penajaan tetap.

Sumbangan boleh dimasukkan atas nama:

Humanitarian Care Malaysia Berhad
Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592

JomPay: 6197

Reference 1: “AY umum/ Kod tajaan”
Reference 2: “No telefon”

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Bahagian Penajaan di 03-89412341 / 013-7444760
atau emel ke [email protected]