Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.

 

Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan telah kehilangan tempat tinggal, termasuk sekitar 370,000 kanak-kanak yang terpaksa berpindah randah dan hidup dalam keadaan tidak menentu.

 

Ramai daripada mereka kehilangan ibu bapa, terpisah daripada ahli keluarga atau menjadi kanak-kanak tanpa penjaga

 

Disamping itu, mereka turut kehilangan akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan perlindungan asas yang sepatutnya dinikmati oleh setiap kanak-kanak.

 

Melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Lubnan, para penaja boleh membantu memastikan anak-anak yatim menerima sokongan berterusan bagi memenuhi keperluan asas mereka seperti:

 

Bantuan sara hidup bulanan
Makanan dan keperluan harian
Sokongan pendidikan
Bantuan kesihatan asas
Sokongan psikososial dan pembangunan diri

 

Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.” Riwayat al-Bukhari

 

Taja seorang anak yatim Lubnan hari ini dengan RM205 sebulan:

 

Teruskan menyokong usaha kebajikan ini melalui:

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa