Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan.

Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di Palestin, terdapat ibu-ibu yang tidak mampu menyediakan makanan yang mencukupi untuk anak-anaknya.

Semakin ramai ketua keluarga yang kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal. Ada anak-anak yang membesar dalam suasana peperangan, jauh daripada kehidupan yang selamat dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna.

Melalui Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin, anda berpeluang mengurangkan sedikit penderitaan mereka. Tajaan bulanan anda akan membantu mereka mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pakaian, kebersihan diri, pendidikan anak-anak, dan keperluan harian yang lain.

Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang berusaha membantu balu dan orang miskin adalah seperti orang yang berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa pada siang hari dan solat pada malam hari tanpa henti.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Jadilah sebahagian daripada harapan mereka hari ini:
https://mycare.qrd.by/sponsorshipyatim

Teruskan menyokong keluarga asnaf Palestin secara one-off di:
https://mycare.qrd.by/asnaf

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan