[PalestinDiserang] MyCARE x Econsave agih sayur segar

Di saat krisis di Gaza semakin memburuk, sayur segar menjadi satu keperluan yang sukar diperoleh bagi ribuan keluarga. Harga melambung, stok terhad, dan pintu sempadan yang ditutup menjadikan ramai terpaksa hidup hanya dengan makanan asas yang tidak mencukupi zat.

 

Atas rasa tanggungjawab dan kemanusiaan, MyCARE dan Econsave telah melaksanakan Projek Agihan Bakul Sayur Segar di Kem Pelarian An-Nuseirat pada 7 hingga 10 Jun 2025.

 

Sebanyak 180 keluarga dengan anggaran 1,080 individu menerima bakul sayur segar.

 

Setiap keluarga menerima terung, cili hijau, cili benggala, tomato dan daun molokhia, semuanya hasil usaha daripada petani tempatan Gaza.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Usaha ini bukan sahaja menyuapkan rezeki ke meja keluarga yang terputus bekalan sayur selama berbulan-bulan, malah menghidupkan semula ekonomi petani yang terjejas akibat konflik.

 

Ramai penerima berkongsi bahawa inilah pertama kali anak-anak mereka merasa semula keenakan sayur segar setelah sekian lama. Bagi mereka, bakul sayur ini lebih dari sekadar bantuan. Ia adalah simbol harapan, semangat persaudaraan dan nafas baharu untuk terus bertahan dalam keadaan yang tidak menentu.

 


 

 

 

 

 

 

Terima kasih kepada Econsave dan rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi tulang belakang usaha kemanusiaan ini. Setiap bakul sayur yang teragih membawa bersama doa dan kasih sayang anda kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk