[PalestinDiserang] Bantuan kepada kakitangan perubatan

Dalam siri serangan Zionis ke atas Gaza, kita lihat pekerja-pekerja hospital berpenat lelah merawat mangsa-mangsa perang.

 

Individu-individu ini meninggalkan keluarga mereka, sentiasa memberikan kapasiti yang maksima, serta tetap teguh di hospital masing-masing bersedia untuk berkhidmat walau apa pun terjadi.

 

Mengambil berat atas usaha mereka, MyCARE Gaza di bawah pimpinan Dr. Ziad Shehada telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan di Gaza yang diwakili oleh Dr. Iyad Abu Zaher, Pengurus Besar Hospital Syuhada’ Al-Aqsa.

 


 

 

 

 

Perjanjian kerjasama ini bertujuan untuk menawarkan bantuan kewangan kepada 1,600 kakitangan hospital yang telah bekerja tanpa jemu sepanjang masa sejak bermulanya konflik.

 

Untuk pengetahuan, mereka ini bekerja tanpa gaji sejak 2 bulan yang lalu dan mengambil keputusan untuk tidak meninggalkan hospital bagi merawat mangsa sejak konflik serangan terbaru ini berlaku.

 

MyCARE mengambil keputusan untuk memberikan bantuan sebagai sokongan kepada mereka bagi mengekalkan prestasi terbaik mereka dalam keadaan yang mencabar ini.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!