[PalestinDiserang] 7DAYS X MyCARE sedia makanan berkhasiat

Di tengah krisis kemanusiaan yang kian meruncing di Gaza Selatan, MyCARE dan 7DAYS telah melaksanakan sekali lagi inisiatif penting Projek Al-Takiyah.

 

Sepanjang tiga hari pelaksanaan (24–27 Jun 2025), dapur komuniti yang dibangunkan di Gaza Selatan menyediakan hidangan panas dan berkhasiat seperti nasi, kekacang, dan pasta kepada 9,000 individu.

 

Keutamaan diberikan kepada pelarian dalaman (IDP) yang tinggal di pusat perlindungan, sekolah, dan kawasan perumahan sementara yang serba daif.

 

Inisiatif ini bukan sekadar mengenyangkan perut yang lapar, tetapi turut memulihkan semangat komuniti yang telah lama dibelenggu keperitan.

 

Ramai penerima menyuarakan rasa syukur kerana masih ada insan dari jauh yang tidak melupakan mereka.

 


 

 

 

Setiap fasa pengagihan dijalankan dengan penuh tertib, menjaga maruah penerima dan mematuhi standard keselamatan makanan antarabangsa seperti yang digariskan oleh WHO.

 

Sukarelawan tempatan memainkan peranan penting dalam memastikan proses berjalan lancar dan teratur.

 
Tonton video
 

MyCARE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 7DAYS atas kepercayaan, keprihatinan, dan sokongan yang menjadikan bantuan ini satu kenyataan.

 

Moga ia menjadi inspirasi untuk lebih ramai tampil menghulurkan tangan kerana satu pinggan makanan boleh menjadi secercah harapan buat mereka yang diuji.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!