Menyantuni Anak Yatim Palestin di Sebalik Cabaran

Di sebalik derita dan cabaran yang tidak bertepi di bumi Palestin, MyCARE tetap meneruskan amanah untuk memastikan setiap sen sumbangan sampai kepada anak-anak yatim yang amat memerlukan.

 

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan kerjasama erat daripada rakan NGO kami, Takaful For Children Welfare, misi menyantuni anak yatim Palestin telah berjaya dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan.

 

Melalui usaha ini, lebih 400 orang anak yatim berprofil telah menerima duit tajaan bulanan mereka. Di samping itu, 1,500 orang anak yatim lain turut menerima bantuan tunai secara one-off bagi meringankan beban harian mereka.

 

 

Kami mengamalkan tiga kaedah penyerahan utama agar setiap sumbangan benar-benar sampai kepada yang berhak:

 

– Menyerahkan terus duit tajaan kepada anak yatim yang berjaya ditemui.
– Menggantikan anak tajaan yang tidak dapat dijumpai dengan anak yatim lain yang berdaftar.
– Menyalurkan tajaan tersebut kepada Tabung Kecemasan Anak Yatim Palestin, agar bantuan dapat terus disalurkan dengan pantas ketika diperlukan.

Setiap sen sumbangan ini adalah harapan. Oleh itu, TERIMA KASIH kepada semua penyumbang dan rakan kerjasama yang terus mempercayai misi kemanusiaan ini.

 

Klik untuk menaja anak yatim Palestin:

 

Atau salurkan sumbangan anda kepada anak yatim melalui:

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!