Majlis Makan Malam Amal 10 Tahun MyCARE

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan dana RM300,000 melalui penganjuran Majlis Makan Malam Amal sempena ulang tahun yang ke-10 pada 29 Mac 2020.

Meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) meneruskan bantuan di kawasan bergolak, bencana alam dan konflik politik di seluruh dunia.

Hasil kutipan dana pada majlis malam itu akan disalurkan ke tabung bantuan MyRamadan. Menerusi kempen MyRamadan bantuan akan diagihkan kepada masyarakat Islam yang memerlukan di 21 negara.

Majlis makan malam amal ini juga akan menyaksikan gabungan istimewa jenama pereka fesyen terkenal tanah air, TudungPeople, Style Annexe, DASH Clothing, Lord’s Tailor dan Syomirizwa Gupta menghasilkan rekaan eksklusif berinspirasikan gambar-gambar misi kemanusiaan MyCARE untuk jualan amal bagi membantu mengumpul dana dan diserahkan kepada pihak MyCARE untuk menjalankan kerja-kerja kemanusiaan.

Ini adalah pertama kali kempen mengumpul dana dilakukan melalui jualan amal fesyen.

Antara artis yang akan memeriahkan majlis ini ialah Lah Ahmad, Dato’ Hattan dan kumpulan Raihan.

Bagi mereka yang ingin membeli tiket Majlis Makan Malam Amal boleh berbuat demikian melalui http://bit.do/charitydinnerMyCARE

Venue sponsor : Feebay.Co

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang