Lawatan tambah pengetahuan pelajar MyCARE

Pelajar Latihan Indusri MyCARE telah melaksanakan Program Safety First dan Jelajah Ilmu yang membawa pelajar MyCARE Learning Centre (LC) ke Balai Bomba Hang Tuah, Muzium Negara dan Masjid Negara.
 
Melalui program ini, para pelajar bukan sahaja mempelajari aspek keselamatan dan kebakaran, sejarah negara serta penghayatan rohani, tetapi juga membina keyakinan diri serta semangat untuk terus menuntut ilmu.
 
Di balai bomba, para pelajar diberi pendedahan melalui simulasi keselamatan kebakaran dan latihan asas pencegahan, sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap risiko serta kepentingan menjaga keselamatan diri.
 

 

 

 
Lawatan ke Muzium Negara sempena Hari Kemerdekaan menjadi wadah untuk memperluas pengetahuan pelajar tentang sejarah Malaysia serta menanam nilai penghargaan terhadap usaha pembinaan sebuah negara dan semangat kecintaan kepada tanah air.
 
Akhir sekali, kunjungan ke Masjid Negara memberi peluang kepada para pelajar nilai budaya peranan institusi masjid dalam masyarakat.
 
Terima kasih kepada pelajar latihan industri dan kakitangan MyCARE yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung.
 

 

 

 

 
Ayuh kita terus semarakkan kasih sayang, peluang dan sokongan untuk generasi masa depan yang lebih berilmu dan berakhlak mulia!
 
Untuk menyumbang ke Tabung Learning Center, layari:
https://mycare.qrd.by/learningcentre
 
atau
 
Humanitarian Care Malaysia Berhad
MBB 5515 7500 4299
 
‘Nurturing Humanity, Making A Difference’

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyCARE Road Tour 4.0 kembali lagi!

Dari hujung bulan Julai hingga November 2026, kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia membawa satu misi yang lebih besar, lebih mendalam dan lebih bermakna.Tahun ini,

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan