MyCARE telah menerima sumbangan bernilai RM 50,000 dari Pengarah Perubatan KPJ Ampang Puteri, Dato’ Dr. Abdul Wahab Ghani selaku wakil kepada 60 orang pakar konsultan di KPJ Ampang Puteri.

“Nilai bantuan ini adalah kecil berbanding dengan bantuan-bantuan yang disampaikan oleh rakyat Malaysia melalui MyCARE. Insya Allah kami berazam untuk menyemarakkan lagi isu-isu kemanusian khasnya kempen Winter Relief di kalangan pekerja-pekerja Hospital KPJ Ampang Puteri,.” ujar beliau semasa Sidang Media Winter Relief 2016.

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Dr. Abdul Wahab Ghani dan pakar-pakar konsultan yang telah menyumbang di dalam kempen ini. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Hospital KPJ Ampang Puteri atas penyediaan dewan persidangan media dan para media yang hadir membuat liputan.

Kempen Winter Relief 2016 akan berlanjutan sehingga bulan Januari 2016. Penyaluran sumbangan-sumbangan akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan sebelum tibanya musim sejuk.

Bagi yang ingin menyumbang, hulurkan sumbangan anda sekarang atas nama:

Humanitarian Care Malaysia Berhad

1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
3) CIMB: 8602-135-592

Emelkan slip/bukti sumbangan ke [email protected] atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://bit.ly/WinterRelief2016