[KenyataanMedia] Kakitangan MyCARE terkorban serangan rejim Zionis Israel

Akauntan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Nour Al-Din Tayser Mustafa Dababesh yang merupakan kakitangan MyCARE Gaza, Palestin dilaporkan syahid akibat serangan rejim Zionis pada jam 2.30 petang, Isnin.

 

Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada memaklumkan perkara itu pada kepada Ibu Pejabat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melalui applikasi Telegram.

 

Nour telah berkhidmat bersama MyCARE Gaza sebagai akauntan sejak awal penubuhan MyCARE pada tahun 2014 dan bertanggungjawab menguruskan kewangan MyCARE di Gaza. Beliau telah syahid bersama isteri, nenek, kakak dan 2 orang anak kepada abangnya. Manakala 4 orang anaknya yang juga turut tercedera kini menjadi anak yatim piatu akibat serangan tersebut.

 

 

Warga MyCARE menyifatkan syahidnya beliau satu kehilangan besar dan amat tragis kerana dia telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan setia berkhidmat sejak awal penubuhan organisasi ini.

 

Dr. Ziad melaporkan saban hari kawasan kejiranannya dibedil bom sehingga dengar jeritan mangsa-mangsa dan kini rakan sekerja turut terkorban dan situasi sukar ini dirasai bagi seluruh warga MyCARE.

 

Terdahulu, Juruvideo Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Anas Ashour yang bertugas di Gaza, Palestin juga turut syahid akibat serangan rejim Zionis pada Jun tahun lalu.

 

Pihak antarabangsa terus memberikan tekanan kepada rejim Zionis Israel agar menghentikan pembunuhan ke atas rakyat Palestin, menghormati undang-undang antarabangsa, mengembalikan hak mereka dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

 

Terus menitipkan doa buat saudara kita di Palestin. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi mereka dan kurniakan mereka kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

 

Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per