[Belasungkawa] Akauntan MyCARE Gaza syahid

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

 

Akauntan MyCARE Gaza, Saudara Nour Al-Din Tayser Mustafa Dababesh dilaporkan syahid akibat serangan rejim Zionis pada jam 2.30 petang, Isnin.

 

Nour telah berkhidmat bersama MyCARE Gaza sebagai akauntan sejak awal penubuhan MyCARE pada tahun 2014 dan bertanggungjawab menguruskan kewangan MyCARE di Gaza.

 


 

 

Beliau syahid bersama isteri, nenek, kakak dan 2 orang anak kepada abangnya. Manakala 4 orang anaknya yang juga turut tercedera kini menjadi anak yatim piatu akibat serangan tersebut.

 

Antara yang syahid adalah:

 

Nour Al-Din Taysir Mustafa Dabbash, 45 tahun
Asmaa Kamal Dabbash (isteri), 37 tahun
Taysir Mustafa Dabbash (anak saudara), 18 tahun
Mohammed Mustafa Dabbash (anak saudara), 16 tahun
Wafeeqa Taysir Dabbash (kakak), 51 tahun
Adla Abdul-Raouf Dabbash (nenek), 89 tahun

 

 

Semoga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada di syurga tertinggi.

 

Al-Fatihah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk