Kenyataan Media | MyCARE gesa keganasan di Sudan dihentikan & rayu solidariti antarabangsa

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menggesa agar pertempuran di Sudan dihentikan dan mengecam sekeras-kerasnya pertempuran antara Rapid Support Forces (RSF) dan Angkatan Tentera di Sudan.

 

Krisis berdarah Sudan terus memuncak apabila kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) berjaya menawan bandar El-Fasher daripada tentera kerajaan pada Ahad lalu, peningkatan konflik berterusan ini sekaligus akan memberi kesan kepada orang awam dan memburukkan lagi keadaan yang sudah tidak menentu di negara itu.

 

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertempuran sengit ini telah meragut puluhan ribu nyawa dan menyebabkan hampir 12 juta penduduk kehilangan tempat tinggal, menjadikan krisis Sudan antara yang terburuk di dunia.

 

Genosid yang berlaku dan keganasan yang semakin memuncak dengan pengepungan dan peningkatan kelaparan dan penyakit yang membunuh orang awam, termasuk kanak-kanak, dan meruntuhkan sistem kesihatan yang sudah rapuh, cetus situasi yang amat membimbangkan.

 

 

Keganasan ini telah menyebabkan ribuan orang awam terbunuh, manakala puluhan ribu lagi terpaksa melarikan diri selepas 18 bulan dikepung tanpa bekalan makanan dan ubat-ubatan. Konflik ini juga telah menyebabkan hampir 80% kemudahan kesihatan tidak berfungsi, sekaligus melumpuhkan sistem kesihatan yang sudah rapuh.

 

MyCARE gesa pihak-pihak yang berperang di Sudan harus membenarkan organisasi-organisasi kemanusiaan menyalurkan bantuan segera kepada rakyat yang terjejas dan menegaskan bahawa orang awam, pekerja kemanusiaan dan petugas perubatan mesti sentiasa dilindungi.

 

Semua pihak harus menghentikan permusuhan serta-merta, memberi jaminan keselamatan laluan bagi orang awan dan organisasi kemanusiaan, serta memastikan akses kemanusiaan berterusan ke semua kawasan yang terjejas.

 

MyCARE menyeru negara-negara anggota PBB di rantau ini untuk menyokong usaha memulihkan keadaan serta rakyat Malaysia dan masyarakat Antarabangsa untuk turut serta memberi solidariti penuh terhadap rakyat Sudan.

 

Prof Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha
Pengerusi
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju