Kempen Bulan Anak Yatim 2024

Tahun ini merupakan tahun ke-14 pelaksanaan Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE.
 
Bermula dengan penajaan anak-anak Yatim dan asnaf Palestin, seterusnya Syria, Filipina dan terkini Lubnan, Yaman serta Afghanistan.
 
Situasi anak-anak yatim yang berada di negara-negara berkenaan melalui pelbagai situasi yang sukar, khususnya Anak-anak Yatim Palestin. Mereka bukan sahaja kehilangan ibu bapa malahan anggota badan akibat peperangan.
 
Peperangan Taufan Al-Aqsa yang berlaku sejak 7 Oktober 2023 di Palestin kini melebihi 100 hari dengan angka kematian melebihi 25 ribu orang.
 
Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med berpandangan, “Lebih 25,000 kanak-kanak di Gaza menjadi yatim selepas kehilangan seorang atau kedua-dua ibu bapa akibat pembunuhan beramai-ramai rejim Zionis di Gaza.”
 
Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) meneruskan pelbagai usaha untuk membantu mereka. Salah satunya adalah melalui Kempen Bulan Anak Yatim 2024.
 
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang kempen untuk meraikan dan menyantuni anak-anak yatim, penaja dan bakal penaja. Antaranya:
 
1) Fun Day with Orphans
2) Appreciation Box for Sponsors
3) Teater Warkah dari Anakku
4) Kempen Dana Penajaan
– Orange4Orphans
Gift Box for Orphans
– Tabung Kecemasan Anak Yatim Palestin
 
Lets’ spread the joy of giving!
 
Anak-anak yatim ini amat memerlukan bantuan dan kasih sayang serta perhatian daripada semua lapisan masyarakat.
 
Salurkan sumbangan anda kepada Anak Yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/bay
 
Atau Taja Anak Yatim secara bulanan atau tahunan. Penyumbang yang berniat menaja anak yatim boleh mendaftar di sini:
http://donate.mycare.org.my/sponsorship
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
 
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk