Kapal flotilla ke Gaza

Satu sidang media telah diadakan di Istanbul pada 10 Januari oleh Freedom Flotilla Coalition (FFC), sebuah gerakan solidariti akar umbi masyarakat antarabangsa untuk memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza. Pihak FFC mengumumkan akan mengadakan sebuah lagi pelayaran untuk memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza pada tahun ini.

 

Dalam beberapa minggu sahaja lagi, sebuah kapal akan belayar bagi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza. Kapal ini akan membawa beribu tan bantuan kemanusiaan rentetan serangan kejam Israel ke atas Gaza.

 

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka di Gaza dengan segera. Pihak FFC juga sedang merangka kempen jangka panjang Save Gaza dan menyeru Kerajaan Mesir untuk memudahkan penghantaran bantuan ke Gaza melalui pintu Rafah.

 


 

 

 

 

Organisasi dari Malaysia diwakili oleh Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Dr. Fauziah Mohd Hasan dan Norsham Abu Bakar, Lembaga Pemegang Amanah MyCARE.

 

Antara organisasi antarabangsa yang terlibat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Canadian Boat to Gaza (Canada), US Boat to Gaza (USA), Kia Ora Gaza (Aotearoa, New Zealand), Free Gaza Australia (Australia), Ship to Gaza (Norway), Ship to Gaza (Sweden), Palestine Solidarity Alliance (South Africa), IHH (Türkiye), Rumbo a Gaza (Spanish State), Mavi Marmara Association (Türkiye) and the International Committee for Breaking the Siege of Gaza.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan

Laporan MyQurbani 2026

Alhamdulillah, MyQurbani 2026 berjaya dilaksanakan bagi tahun ke-28 hasil sokongan anda semua.   Sepanjang kempen ini, sebanyak RM2.33 juta berjaya dikumpulkan dan ibadah qurban serta

Kunjungan Global Ehsan Relief ke MyCARE

MyCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Ehsan Relief ke Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan bagi mengadakan sesi diskusi dan pertukaran pandangan