Hi-Tea Kemanusiaan: Bersamamu Palestin – Kini di Sarawak!

Solidariti untuk Gaza, dari Bumi Kenyalang.

 

MRT 3.0 akan datang ke Sarawak hujung bulan Julai tok, dengan program utamanya, Hi-Tea Kemanusiaan: Bersamamu Palestin.

 

Tarikh: 27 Julai 2025 (Ahad)
Masa: 2.00 ptg – 6.00 ptg
Tempat: Kemena Plaza Hotel, Bintulu, Sarawak

 

Hari-hari Gaza kenak bedil.

 

Lebih 648 hari dah berlalu, tapi penderitaan anak-anak di Palestin masih juak berterusan. Iboh kita lupak sidaknya.

 

Juh kita ke Hi-Tea Kemanusiaan tok, sebagai tanda sokongan kita terhadap perjuangan rakyat Palestin.

 

 

Untuk pembelian kerusi atau meja, scan jak QR code dalam poster dibah ya. Tempat sik banyak! Sapa cepat, nya dapat!

 

MyCARE pun akan muncul di radio RTM Bintulu pada 26 Julai 2025. Mok share cerita-cerita pasal usaha kemanusiaan yang agik dipolah.

 

Jangan lupak dengar sama, banyak info berguna kitak boleh tauk.

 

Sama-sama kita bersatu untuk bantu saudara kita di Gaza. Dari Sarawak, kita hantar harapan dan kasih sayang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk