Fatwa Ulama Ummah: Pengharaman normalisasi dan berpakatan dengan perampas Masjid Al-Aqsa, Al-Quds dan Palestin

Oleh: Kesatuan Ulama Islam Sedunia

(Fatwa ini ditandatangani oleh 200 ulama dari seluruh dunia !!!)

Kami (Ulama Ummah) melihat bahawa apa yang berlaku antara beberapa negara Arab dan Israel dengan apa yang dinamakan ‘Perjanjian Damai’, hakikatnya apa yang dimahukan dari perjanjian tersebut adalah; penjajahan secara total ke atas tanah Palestin siang dan malam, pengiktirafan keharusan penjajahan tersebut, melepaskan tanah Al-Quds, meredai segala jenayah dan kezaliman yang telah dilakukan ke atas penduduk Palestin.

[Hukum perjanjian damai/ normalisasi]

Apa sahaja yang dinamakan perjanjian damai, persepakatan, normalisasi bersama negara haram Israel seperti yang diterangkan, hukumnya adalah HARAM dan tidak diterima syarak, ia adalah jenayah besar, jenayah terhadap hak-hak Allah dan RasulNya, terhadap hak bumi dan rakyat Palestin, terhadap hak ummah dan para syahidnya sepanjang sejarah sejak zaman Umar Al-Khattab membukanya dan pembebasan Solahudin Al-Ayubi dan terhadap setiap kebangkitan rakyat Palestin dan Ummah Islamiah sejak dari lebih lama dari abad ini.

[Hujah-hujah pengharaman]

Fatwa pengharaman ini bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

[Pertama]

Bumi Palestin adalah hak milik hanya untuk orang Palestin dan ummah Islamiah semenjak ribuan tahun dahulu. Sehinggalah tiba ke zaman British menjajah Palestin dan mereka menempatkan penduduk Haram Yahudi dengan kelulusan dan kuasa mereka di sana seperti perjanjian Balfour pada tahun 1917. Perkara ini memudahkan penduduk Haram yahudi membunuh ribuan rakyat Palestin, membakar ratusan kampung penduduk Palestin dan menghancurkan kehidupan penduduk Palestin.

Oleh sebab itu, wajib hukumnya membebaskan bumi Palestin dan berusaha mengembalikan penduduk asal ke bumi tersebut dengan cara aman dan adil pertama-tamanya dan sekiranya perkara itu tidak mampu dilakukan, maka dengan cara berjuang dan menentang ke atas penjajah di atas kaedah-kaedah yang telah ditetapkan syarak dan haram hukumnya melepaskan mana-mana sahaja dari tanah Palestin kepada penjajah dan melakukan normalisasi bersama mereka.

a) Dalil-dalil yang mewajibkan Muslimin memerangi musuh dan keluarkan mereka bumi orang Islam:

“Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu;” (Surah Al-Baqarah: 194)

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.” (Surah At-Taubah: 38)

“dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya;” (Surah At-Taubah: 36)

b) Apa sahaja yang dinamakan persepakatan hari ini bersama pihak penjajah Israel, ia bukanlah bersifat sementara, tetapi selama-lamanya. Dalam persepakatan ini, ia mewajibkan kedua-dua belah menzahirkan sikap taat setia kepada satu sama lain walaupun bersama musuh yang sehingga hari ini menyerang umat Islam.

Hukumnya adalah haram secara ijmaa (sepakat) berdasar banyak nas-nas yang jelas menerangkan perkara tersebut, antaranya:

“Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Mumtahanah: 9)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu;” (Surah Al-Mumtahanah: 1)

Dua ayat di atas jelas menunjukkan cara bagaimana berurusan dengan musuh yang memerangi kita. Ditekankan dalam dua ayat di atas, supaya tidak ada antara kita dengan musuh, Kasih Sayang, Kestiaan, dan Kerjasama.

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” (Surah Al-Maidah: 51)

[Kedua]

Ulama BERSEPAKAT hukum berjihad adalah wajib dari segala bentuknya. Antaranya, berperang mempertahankan diri dan menolak kezaliman dan membebaskan negeri yang dijajah musuh. Ulama bersepakat juga bahawa tidak dibolehkan bersepakat bersama Kufar dengan memberikan mereka sedikit dari tanah negeri orang Islam dan memberikan mereka sedikit kuasa ke atas orang Islam. (1)

[Ketiga]

Persepakatan bersama penjajah bumi orang Islam mengabaikan banyak nas khususnya yang menekankan perintah jihad, menentangan terhadap kezaliman dan perjuangan mengembalikan hak-hak yang dirampas, seperti:

“Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu;” (Surah Al-Baqarah: 194)

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).” (Surah Ash-Syura: 39)

[Keempat]

Ulama tidak pernah berdiam diri sejak awal penjajah Palestin, sejak deklarasi Balfour 1917 lagi. Ulama telah mengadakan berkali-kali perhimpunan, muktamar dan seumpamanya. Ratusan fatwa dan keputusan telah dipersetujui dan dikeluarkan.

Kesimpulan dari keseluruhan fatwa dan keputusan pada sepanjang abad ini; Hukumnya adalah haram melepaskan atau memberikan mana-mana dari tanah Palestin kepada pihak penjajah, dan wajib berjihad, berjuang untuk membebaskan tanah Palestin. Fatwa ini terpakai sehinggalah ke hari ini.

Melainkan, ketika ini, adanya beberapa dari badan fatwa atau mulut beberapa agamawan yang mewajarkan persepakatan dengan penjajah yang mana ia melanggari segala prinsip dan nas yang telah ditetap dalam syarak seperti yang telah disebutkan sebentar tadi.

[Kelima]

Persepakatan yang dibenarkan syarak hanyalah persepakatan yang bersifat sementera dan untuk kebaikan yang tertentu atau ianya tidak memberikan kemudaratan besar seperti membiarkan tanah milik umat Islam dirampas atau memberikan kuasa kepada musuh ke atas kerajaan Islam.

Adapun persepakatan antara negara-negara Arab dengan Israel atau nama lainnya, ‘perjanjian damai’, ianya merupakan persepakatan buat selama-lamanya dalam keadaan tanah Palestin terus dirampas. Oleh itu, hukumnya adalah haram dan tidak diterima syarak mengikut sepakat ulama dahulu dan terkini.

[Keenam]

Perjanjian-perjanjian damai ini menyebabkan peperangan budaya, akidah, akhlak, keselamatan, sosial dan media.

Kita dapat mengatakan bahawa perjanjian damai dengan musuh Zi0nis ini melanggar prinsip utama dalam Islam seperti yang berikut:

a) Melepaskan (membiarkan) bumi milik orang Islam khususnya Al-Quds, Masjid Al-Aqsa diberikan kepada musuh melanggari prinsip-prinsip Islam, kemanusiaan malah undang-undang dunia sekalipun menentang penjajahan dan memberikan peluang untuk melawan penjajahan tersebut dengan apa jua cara.

b) Redha dengan jenayah Zionis yang membunuh rakyat Palestin hampir setiap hari, mengeluarkan penduduk mereka dari tanah mereka, ia merupakan satu pengabaian kepada prinsip thabit dalam Islam, Firman Allah :

“Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Mumtahanah: 9)

[Ketujuh]

Perjanjian damai antara negara-negara Arab dengan zi0nis ini mewajibkan kesetiaan antara satu sama lain dan perlepasan tanah-tanah milik orang Islam. Ia merupakan salah satu dosa besar dan ia boleh dikategorikan sebagai pembaharuan dalam agama.

Munurut Badan Kajian Islam(persidangan ketiga, tahun 1966), Uni Al-Azhar, merupakan salah satu fitnah pembaharuan dalam agama sekiranya ada kerjasama dengan Zionis yang merupakan penjajah yang mengeluarkan penduduk Muslim Arab dari negeri mereka.

[Kelapan]

Sebahagian penyokong normalisasi mengatakan perjanjian dama dengan Israel ini merupakan usaha mendatangkan kebaikan atau ijtihad zaman sekarang.

Kita katakan kepada mereka, melepaskan Masjid Al-Aqsa, Al-Quds dan Bumi Barakah Palestin kepada musuh merupakan keburukan yang teramat besar menurut nas-nas syarak yang telah disebutkan sebelum ini.

[Kesembilan]

Normalisasi yang dimahukan oleh penjajah hanyalah; pembinaan hubungan normal antara negara-negara Arab dengan Israel, menghentikan pertempuran dua pihak(pejuang pembebasan dan Zionis, jihad untuk mengembalikan bumi Palestin, memperjuangkan hak pelarian, mempertahankan tempat-tempat dalam Islam.

Dan antara yang paling penting dalam usaha normalisasi ini adalah; mengukuhkan kedaulatan kerajaan Zionis di peringkat serantau dan internasional, memberikan jaminan keselamatan kepada penjajah ini untuk memperluaskan kuasa penjajah ini ke atas bumi Islam dari sudut politik dan ekonomi.

[Tamat]

Semoga amalan kita diterima Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad S.A.W.

[Terjemahan dan ringkasan oleh Megat Aiman Hakim]

Sumber: https://www.iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=12334

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari