Empat jenama diboikot dunia, tetapi kurang sambutan di Malaysia

Untuk senarai terkini, sila ke: https://mycare.org.my/senarai-boikot-bds-movement-malaysia-2021/

1. HP

HP atau Hewlett Packard mendakwa mereka syarikat yang terkehadapan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial tetapi sebenarnya terlibat dalam penindasan bersistematik di seluruh dunia.
Di Palestin, HP bertanggungjawab menyediakan teknologi yang membolehkan penjajahan, pendudukan haram, sekatan, pengusiran, pemenjaraan, kurungan dan pelbagai lagi bentuk penindasan terus berlaku.
HP bersalah kerana membekalkan aset-aset IT yang penting untuk tentera darat dan laut Zionis Israel untuk mengepung Gaza.
Sistem kepungan ini menghadkan barangan masuk keluar di Gaza.
HP juga memberi khidmat sistem sekuriti berteknologi kepada penjara-penjara Zionis Israel yang semua sedia maklum bahawa kanak-kanak di bawah umur juga turut dipenjara.
Selain itu, HP bertanggungjawab membekalkan sistem teknologi di check point, tembok dan kad pengenalan apartheid.
Sistem ini menyukarkan petani Palestin untuk ke ladang mereka, pelajar ke sekolah dan lain-lain.

2. G4S

Mungkin ramai tidak pernah dengar apa itu syarikat G4S.
Di Malaysia, van-van G4S sering kelihatan di atas jalanraya ataupun di bank atau di ATM.
G4S adalah syarikat keselamatan terbesar di dunia membantu sistem penjara Israel, terlibat dalam penyediaan peralatan dan perkhidmatan kepada pusat pemeriksaan tentera Israel, tempbok Apartheid, penempatan haram, bangunan tentera dan polis.
Seperti HP, G4S mengaut keuntungan dengan menjalankan perniagaan dengan Zionis Israel.
BDS Ecuador mencapai kejayaan pertama apabila satu institut penyelidikan, International Center for Advanced Studies in Communications for Latin America (CIESPAL) memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bersama syarikat sekuriti G4S setelah mendapat pendedahan mengenai penglibatan G4S di dalam membantu Zionis Israel.
Syarikat G4S pernah mengumumkan pada Disember 2016 bahawa mereka merancang menamatkan semua perniagaan dengan Israel dalam masa 12 hingga 24 bulan akan datang, maksudnya pada akhir tahun ini atau tahun 2018.
Jika ia berlaku, rakyat Palestin mengatakan pengumuman ini sebagai kemenangan besar hasil boikot BDS.
Sejak 2010, G4S telah kehilangan kontrak bernilai jutaan dolar sebagai hasil daripada kempen-kempen boikot.
Info lanjut tentang sumbangan G4S kepada Israel boleh dirujuk di: https://www.whoprofits.org/company/g4s-israel-hashmira

3. CATERPILLAR & HYUNDAI HEAVY INDUSTRIES

Satu lagi Syarikat yang menjadi sasaran boycott di peringkat Global ialah syarikat Caterpillar dan Hyundai Heavy Industries yang membuat jentolak.
Caterpillar adalah senjata paling ‘destructive’ yang digunakan oleh Israel untuk merobohkan puluhan ribu rumah rakyat Palestin.
Jentolak raksasa D-9 dan D-11 lebih merbahaya dari jet pejuang F-18 kerana ia digunakan untuk merobohkan seluruh kawasan perumahan Palestin untuk dibina penempatan baru Israel.
Seperti yang kita lihat dalam peta dari tahun ke tahun, tanah milik Palestin semakin mengecil akibat tindakan ini.
Pasti kita ingat peristiwa tahun 2003.
Jentera Caterpillar telah membunuh seorang aktivis berbangsa Amerika, Rachel Corrie ketika mempertahankan sebuah rumah milik rakyat Palestin dari dirobohkan.
8 orang rakyat Palestin juga terkorban ketika rumah mereka diroboh tentera Zionis pada tahun 2002.
Di Malaysia, Sime Darby merupakan pengedar jentera pembinaan Caterpillar.
Orang awam yang mempunyai kereta jenama Hyundai tidak perlu risau kerana menurut BDS Korea, pengeluar kererta Hyundai berbeza dengan syarikat Hyundai Heavy Industries.

4. AHAVA

Produk kecantikan ini menjanjikan “Beauty Secrets from the Dead Sea.” tetapi menyembunyikan ‘the ugly truth’ kepada anda.
Produk-produk Ahava dibuat menggunakan sumber asli bumi Palestin yang dirompak.
Penempatan haram Yahudi di Mitzpe Shalem, Tebing Barat adalah tempat dimana produk-produk Ahava dihasilkan.
Menurut Lazada.com [Prohibited Brands], Ahava dilarang dijual di platform online tersebut tetapi anda boleh mendapatinya di Lazada Malaysia.
(https://www.lazada.com/docume…/CB%20Prohibited%20Brands.xlsx)
Gerakan Codepink antara jaguh dalam mempelopori boikot Ahava.
Layari http://www.stolenbeauty.org/ yang dibuat khas untuk memboikot produk Ahava.
Pada tahun 2011, Ahava telah menutup satu retail nya di London akibat tekanan boikot yang sangat kuat.
Selepas 7 tahun perjuangan boikot Ahava, akhirnya syarikat tersebut mengumumkan untuk memindahkan kilang mereka.
Walaupun begitu, boikot akan diteruskan sehingga Ahava di penempatan haram ditutup sepenuhnya.

ISRAEL KERUGIAN $ 4,700,000,000 Dollar SETAHUN!

Menurut BDS, Israel telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar, cybertrooper yang ramai dan usaha membawa BDS ke mahkamah.
Gabenor New York, Andrew M. Cuomo telah mengharamkan gerakan BDS di New York.
BDS berjaya membuatkan syarikat telekomunikasi gergasi, Orange untuk menarik khidmat mereka terhadap tentera Zionis Israel.
Syarikat multinasional CRH juga menarik diri daripada memberi khidmat kepada Zionis Israel.
Di Sepanyol, beberapa majlis bandar telah mengumumkan bandar mereka sebagai “Kawasan Bebas Apartheid Israel”.
Ratusan para akademik di Brazil dan Itali pula menyertai boikot akademik terhadap Israel.
Suara BDS juga kedengaran sehingga di anugerah Oscar. Penerima-penerima anugerah Oscar mendapat peluang satu trip ke Israel dengan beberapa pakej yang dipropagandakan oleh Israel tetapi telah ditolak oleh mereka.
Benjamin Netanyahu telah mengumumkan perang terhadap gerakan BDS (Boycott, Divestment and Sanctions) kerana gerakan boikot ini mengakibatkan Israel kerugian 4,700,000,000 Dollar setahun.
Ibu negara Iceland, Reykjavík telah bersetuju untuk tidak mengambil sebarang produk buatan Israel lagi sebagai tanda solidariti bersama Palestin.

BERTINDAK SEGERA!

1. Like dan Follow page Aqsa Syarif dan Boycott Divestment & Sanctions Malaysia – BDS Malaysia untuk mengikuti perkembangan boikot terkini.
2. Bersama-sama menyokong gerakan BDS Malaysia dan perjuangan Aqsa Syarif.
3. Elakkan membeli barangan boikot yang menyokong Zionis Israel.
Kita bersama berusaha dalam membebaskan bumi Palestin!
Selain daripada menyampaikan sumbangan anda ke Palestin, pihak Aqsa Syarif akan terus-menerus mendidik anda.
Teruskan menyokong usaha Aqsa Syarif untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai isu-isu Palestin.

8 comments

  1. Maaf mencelah, bagi pendapat saya, yang mana nak teruskan boikot produk yang akan sumbang ke negara laknat, teruskanlah, mungkin itu langkah terbaik tapi jarang orang kita buat. Dan yang mana mula berhenti boikot juga teruskan, mungkin anda sudah terikut… Atas pendirian masing²…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari