Dr. Ziad M.M. Shehada, MyCARE’s General Manager in Gaza

It gives us great pleasure to announce that effective 15th December 2020, Dr. Ziad M.M. Shehada will join MyCARE as the General Manager for MyCARE’s office in Gaza.

Dr. Ziad graduated with a Doctor of Philosophy in Conservation of Architectural Heritage from University of Malaya. Having lived in Malaysia for more than 9 years while completing his doctoral program, Dr. Ziad also brought along years of working, coordinating and networking experiences with the Malaysian civil society organisations, government agencies and the Malaysian public.

Being a Hafiz and a humanitarian activist at heart, he was involved in educating and supervising the Malaysian public through several programs, amongst others were being an Imam in Putrajaya, Supervising several Tahfiz programs and coordinating the Imam programs during the month of Ramadan. In fact, for several years, Dr. Ziad himself led a team of Imam during Ramadan for MyCARE nationwide. To ensure that activities were within the legal aspect, he even had an official Tauliah Wilayah Persekutuan for teaching the Quran.

It was necessary for the well-being of our organization that an all rounded and eligible candidate to lead the office in Gaza. We can assure you that he is the best candidate MyCARE can get for this position. We are confident that Dr. Ziad will be able to adapt and integrate into the organisation well with the support of the current team MyCARE has in Gaza. We do hope that the new team will strengthen the confidence of our donors as well as to ensure of a greater coverage for those in need.GE

Dr. Ziad will be reporting directly to the CEO of MyCARE in Malaysia. Please help us to welcome Dr. Ziad M.M. Shehada into MyCARE.

Board of Trustees
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA (MyCARE)

——

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 15hb Disember 2020, Dr. Ziad M.M. Shehada akan mula bertugas sebagai Pengurus Besar di pejabat MyCARE di Gaza.

Dr. Ziad berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Conservation of Architectural Heritage daripada Universiti Malaya. Selama hampir 9 tahun menetap di Malaysia ketika pengajian kedoktorannya, Dr. Ziad membawa banyak pengalaman bekerja, berurusan dan membina jaringan bersama organisasi sivil, agensi kerajaan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Sebagai seorang Hafiz dan juga aktivis kemanusiaan, beliau banyak terlibat di dalam mendidik dan membantu masyarakat Malaysia di dalam beberapa bidang program. Di antaranya sebagai Imam di surau di Putrajaya, menyelia dan membantu beberapa program tahfiz serta mengendalikan program Imam di sepanjang bulan Ramadan.

Selain itu Dr. Ziad sendiri turut menguruskan beberapa Imam Hafiz daripada Palestin di dalam bulan Ramadan bagi pihak MyCARE di seluruh negara. Beliau juga telah dikurniakan Tauliah Wilayah Persekutuan untuk mengajar Al-Quran bagi memastikan segala aktiviti beliau selaras dengan undang-undang Malaysia

.Demi untuk menjamin kesejahteraan dan kelastarian organisasi, adalah wajar bagi MyCARE mendapatkan individu yang berkebolehan dan berpengalaman luas seperti beliau untuk memantapkan lagi pengendalian pejabat di Gaza. Kami berkeyakinan bahawa beliau adalah calon yang terbaik untuk jawatan tersebut. Kami juga yakin bahawa Dr. Ziad pasti dapat menyesuaikan diri beliau bersama MyCARE terutamanya dengan bantuan pasukan sekarang di Gaza.

Kami yakin gandingan baru ini akan dapat memantapkan lagi keyakinan dan kepercayaan para penyumbang demi untuk memastikan bantuan yang lebih meluas dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Dr. Ziad akan melapor kepada CEO MyCARE di Malaysia.

Marilah bersama-sama kita menyambut kehadiran Dr. Ziad M.M. Shehada di MyCARE.

Lembaga Pemegang Amanah
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Malapetaka 15 Mei 1948

An-Nakbah bermula pada tahun 1948, rentetan daripada pengisytiharan negara Israel. Secara paksa, lebih 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka, manakala ratusan bandar

Pakej Pilihan Palestin

78 tahun berlalu sejak tragedi Nakbah 1948, namun luka rakyat Palestin masih belum sembuh. Hingga hari ini, jutaan warga Palestin terus hidup sebagai pelarian, dinafikan

Car boot sale @ Kota Damansara

Kami sedang mengumpul barangan terpakai untuk dijual di Kota Damansara seperti tarikh di poster.Barangan terpakai yang kami sasarkan ialah seperti: Perkakas rumahBeg atau handbagMainan kanak-kanak

Ikuti perjalanan flotilla secara rasmi

Empat kapal FFC dengan 30 peserta dari 12 negara telah memulakan pelayaran dari Sicily.Freedom Flotilla Coalition menyeru komuniti antarabangsa, masyarakat sivil, dan pihak media agar