Wakil MyCARE Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar melawat Masjid al-Mujahidin yang runtuh akibat gegeran kuat gempa bumi di Sembalun, Lombok Timur. Kebanyakan rumah di Sembalun musnah teruk akibat gegaran besar pada 29 Julai dengan sekala 6.4 skala ritcher disusuli ribuan gegaran kecil.

Penduduk di sini rata-ratanya adalah pekebun dan petani yang menjual hasil tanaman mereka seperti strawberi, bawang putih dan sayur-sayuran. Walau pun sebahagian rumah hanya mengalami keretakan, penduduk di sini tinggal di khemah-khemah kerana tidak mahu mengambil risiko. Seperti yang kami maklumkan sebelum ini, majoriti mangsa gempa Lombok tinggal di khemah sejak 29 Julai lalu.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE

Rakan NGO kami, PKPO mengusulkan untuk menghantar bantuan berupa tempat tinggal sementara (shelter) yang dikenali sebagai Rumah Senyum. Sebanyak 25,000 buah Rumah Senyum diperlukan dan kos pembinaannya hanyalah RM1,000 bagi sebuah Rumah Senyum. Kami menyeru rakyat Malaysia untuk menyalurkan sumbangan kepada sahabat-sahabat kita di Lombok. Salurkan bantuan anda ke http://www.billplz.com/gempalombok

Bayi, anak kecil dan orang tua kini tinggal di khemah yang dibina mereka secara ala kadar. Di siangnya terasa bahang, di waktu hujan terasa sejuk dan di malamnya sangat dingin kerana mereka membina khemah-khemah berasaskan kain dan kanvas buruk.

Berikan mereka senyuman dengan membantu pembinaan Rumah Senyum.