Bulan Anak Yatim

EN | BM

EN | BM

KEMPEN BULAN
ANAK YATIM

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah ke Afghanistan.

 

Anak-anak ini membesar dalam ujian yang sangat berat. Khususnya di Palestin, pasca perang telah meninggalkan parut yang terlalu dalam. Menurut laporan Euro-Med Human Rights Monitor, puluhan ribu kanak-kanak di Gaza bergelar yatim dalam sekelip mata; kehilangan ibu bapa, rumah, malah ada yang kudung anggota badan akibat kekejaman rejim.

Sepanjang bulan Jun 2026 ini, Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) membawakan Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026.


Kami bawakan sinar baharu buat mereka, penaja, dan anda selaku bakal penaja melalui pelbagai aktiviti interaktif:

1️. EduTrip
2️. Eksplorasi Kerjaya
3️. Meet & Greet
4️. HiTea
5️. Kempen Dana Penajaan


Let’s spread the joy of giving!


Anak-anak yatim ini tidak meminta untuk lahir dalam kancah perang, namun mereka sangat mendambakan perhatian, pelukan kasih sayang, dan sokongan daripada kita semua.


Bagaimana anda boleh membantu sepanjang Jun ini?

Aktiviti dan Program Terkini

Penajaan Anak Yatim

Penajaan Anak Yatim MyCARE telah bermula sejak tahun 2010. Kini, MyCARE telah menaja sekitar 2600 orang dan agihan sebanyak RM24 juta telah dilaksanakan.

Penajaan anak yatim adalah tajaan anak-anak yatim yang menjadi mangsa krisis peperangan dan bencana. Penajaan ini adalah dari segi bantuan kewangan yang digunakan untuk perbelanjaan pakaian, makanan dan pendidikan.