Bekalan air bersih ke Gaza [Palestin Diserang]

Jom bina semula Gaza! MyCARE terus menyalurkan sumbangan kecemasan kepada saudara-saudara kita di Gaza.

Menurut kajian terkini dari Palestinian Central Bureau of Statistics (PCBS) dan Palestinian Water Authority, sebanyak 97% air yang dipam dari laut tidak menepati piawaian WHO serta tidak sesuai digunakan. Sebanyak 4% sahaja isi rumah di Gaza mempunyai akses kepada air yang selamat. Serangan rejim Zionis menambahkan lagi kesengsaraan penduduk Gaza untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui kempen Palestin Diserang, MyCARE menyediakan bekalan air bersih di beberapa tempat terjejas antaranya di sekolah Al-Fakhoura UNRWA, Jabalia. Sebanyak 1,800 orang ditempatkan di sini sebagai tempat perlindungan sementara.

Untuk pengetahuan anda, sekolah Al-Fakhoura ni pernah dibedil rejim Zionis yang menyebabkan 43 orang terbunuh! Tambahan, MyCARE juga mengagihkan tank bekalan air bersih kepada 80 buah keluarga dimana rumah mereka separa musnah di sekitar Jabalia.MyCARE akan menyediakan bekalan air bersih setiap hari. Tank ini akan diisi dengan air bersih sebanyak 2 kali sehari. Kira-kira 8,000 orang setakat ni menerima bekalan air bersih.

Alhamdulillah. Semoga pahala-pahala kalian mengalir laju seperti air yang memberi manfaat kepada mereka. Teruskan membantu mereka di sini sekarang: mycare.qrd.by/palestin

atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad

CIMB Islamic 8602 13 5592

Rujukan: Palestin Diserang

Hantar bukti pembayaran melalui akaun bank sahaja ke:

No tel: 018 908 9282
E-mel: campaign@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Lebih ramai jururawat untuk rakyat Gaza

Alhamdulillah, seramai 86 orang pelajar kejururawatan telah berjaya menamatkan pengajian dengan bantuan pembayaran yuran daripada pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Kini, mereka telah mula berkhidmat