Bantuan pek makanan sumbangan rakyat Malaysia

Terima kasih!
 
Bantuan Kemanusiaan Afghanistan telah disalurkan kepada para penerima manfaat di beberapa tempat di sana.
 
Bantuan ini disalurkan dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan EHSAS.
 
Ahli Misi Kemanusiaan MyCARE ke Afghanistan, Prof Madya Dr. Mohd Zin bin Kandar telah mengagihkan barangan keperluan kepada para penerima manfaat di Madrasah Abu Yusuf di Jalalabad, Nangarhar Province.

 


 

 

 

 

 


 

 

Sebanyak 150 buah keluarga miskin, anak yatim dan OKU mendapat bantuan bekalan makanan berupa 50kg tepung, minyak masak 5liter, kacang merah, kacang dhal, gula, garam, kentang dan bawang.
 
Sebelum ini, sebanyak 230 pek diagihkan kepada 230 buah keluarga berupa makanan asas dan keperluan musim sejuk di Hira School, daerah Paghman.

 


 

 

 

 

 
Jazakumullahu khairan kepada para penyumbang MyCARE yang dermawan. Semoga Allah merahmati tuan/puan dan melipat gandakan rezeki.
 
Teruskan membantu saudara-saudara kita di Afghanistan melalui Tabung Kemanusiaan Afghanistan di:
 
mycare.qrd.by/afghanistan
 
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592
 
Rujukan: Afghanistan
 
Sila hantarkan maklumat ke email campaign@mycare.org.my atau Whatsapp ke wasap.my/60189089282
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk