Bantuan bekalan makanan kepada pelarian Palestin [NAMAxMyCARE]

Wabak pandemik COVID-19 telah mengakibatkan jutaan manusia hilang pekerjaan seluruh dunia.

Di Malaysia, 3 bulan tempoh PKP telah menyebabkan golongan-golongan yang kurang berkemampuan hilang punca pendapatan secara mengejut.

Golongan ini terdiri daripada peniaga, penjaja tepi jalan, pekerja pembersihan, masyarakat orang asli, pelarian dan ramai lagi.

Atas rasa ihsan dan prihatin, NAMA Foundation bersedia menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada yang memerlukan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu MoU yang telah dipersetujui kedua-dua pihak pada 3 Jun 2020 bertempat di ibu pejabat NAMA Foundation.

Penyaluran ke 13 dan terakhir NAMA Foundation COVID-19 Intervention Program Malaysia telah disalurkan kepada 100 buah keluarga pelarian Palestin di ibu pejabat The Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) pada 27 Julai 2020.

Pek makanan ini mengandungi makanan asas sesuai dengan citarasa Palestin seperti beras, kurma, tepung, rempah ratus, macaroni, gula, makanan tin, dan lain-lain.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Ahmad Nur Shahir, Partnership Officer NAMA Foundation yang turun bersama menyalurkan sumbangan, Syeikh Zeyad dan Brother Muslim dari PCOM, para sukarelawan yang bertungkus lumus, serta warga Palestin yang memberikan kerjasama yang baik.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Pulih semula sekolah anak-anak Syria

Apa cerita selepas Syria merdeka?   Langkah awal 2026, MyCARE memilih untuk membina semula Syria melalui bantuan pendidikan.   Krisis pendidikan di Syria terus memberi