Sehubungan dengan pemergian CEO MyCARE ke Turki baru-baru ini, Tn Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, satu kerjasama dengan NGO Turki diikat bagi menghulurkan bantuan awal bernilai RM 500,000 kepada pelarian-pelarian Syria dari Aleppo.

Keadaan pelarian-pelarian ini sangat mendukacitakan disebabkan derita perang ditambah dengan musim sejuk yang melanda. Mereka meninggalkan Aleppo dengan hanya pakaian asas bahkan ada yang sehelai sepinggang.

Pelarian-pelarian Syria ini ditempatkan di Idlib, berdekatan dengan sempadan Turki.

MyCARE, di bawah agensi-agensinya iaitu Aqsa Syarif, IKRAM for SYRIA dan Salam Iraq mengambil inisiatif melancarkan kempen Winter Relief 2016 (Bantuan Musim Sejuk 2016) dan Tabung Kecemasan Aleppo bagi menyalurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik.

Bantuan awal ini terdiri daripada selimut, pek makanan, tilam dan kit kebersihan ke 10 kem pelarian.

Pek Makanan: 543 pek kepada 543 keluarga
Kit kebersihan: 543 pek kepada 543 keluarga
Selimut, kain, tilam : 2542 pek

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu penyumbang dari Malaysia khususnya, syarikat-syarikat korporat, penyumbang dari Singapura dan Brunei, dan seluruh rakyat Malaysia yang memberikan kepercayaan kepada MyCARE bagi menghulurkan bantuan anda kepada saudara-saudara kita di Aleppo.

Semoga Allah senantiasa memberi rahmah kepada para penyumbang bersama ahli-ahli keluarga dan digandakan rezeki untuk terus istiqamah membantu isu-isu kemanusiaan.

Kempen Winter Relief 2016 dan Tabung Kecemasan Aleppo diteruskan sehingga pengakhiran Januari 2017.

Hulurkan sumbangan anda sekarang atas nama:

Humanitarian Care Malaysia Berhad
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
3) CIMB: 8602-135-592

Emelkan slip/bukti sumbangan ke [email protected] atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948

Untuk maklumat lanjut hubungi:
MyCARE HQ: 03-8941 2341
Email: [email protected]