Bantuan air minuman Selatan Gaza

Akses kepada air bersih bukan lagi sesuatu yang mudah untuk rakyat Gaza. Sejak penindasan dan serangan berterusan, ratusan ribu keluarga kini terputus daripada sumber air selamat untuk diminum dan digunakan dalam kehidupan seharian.

 

Bagi membantu mereka terus bertahan, MyCARE menjalankan projek Drinking Water Distribution Initiative di Selatan Gaza sepanjang 19 hingga 31 Oktober 2025.

 

Melalui program ini, sebanyak 141,625 liter air minuman telah berjaya diagihkan menggunakan dua lori tangki air setiap hari di kawasan yang paling terjejas termasuk An-Nuseirat, Al-Hasaynah, Al-Hour Camp, Az-Zawaidah dan Abu Sarar.

 

Seramai 116,625 penerima manfaat menerima bantuan ini, terutama keluarga pelarian, kanak-kanak sekolah, warga emas dan golongan kekurangan upaya.

 


 

 

 

Lebih daripada sekadar melepaskan dahaga, penduduk Gaza meluahkan bagaimana bantuan air ini mengubah hidup mereka. Anak-anak dapat tidur lena, ibu bapa tidak lagi terpaksa menghabiskan masa berjam-jam mencari air, dan risiko penyakit bawaan air kotor semakin menurun.

 

“Air bersih bermaksud keselamatan dan maruah untuk anak-anak kami,” kata seorang ibu di Nuseirat.

 

Program ini telah memberikan sinar harapan dan mengembalikan sedikit normal dalam hidup mereka yang tersepit dalam krisis yang tidak berkesudahan.

 

MyCARE komited untuk terus memperjuangkan akses kepada air selamat secara berterusan agar setiap keluarga di Gaza dapat meneruskan hidup dengan lebih bermaruah.

 
Tonton video
 

Setiap titisan air yang anda sumbangkan adalah kehidupan buat mereka. Terima kasih Malaysia kerana tidak pernah melupakan Palestin.

 

Bantuan boleh disalurkan melalui pautan berikut:

 

ATAU terus ke akaun:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

 

Hantarkan bukti sumbangan anda ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!