Agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Nusantara Care (NICE) telah mengadakan kerjasama dengan ARBA Travel & Tours untuk satu program bersama komuniti Rohingya. Program ini akan diadakan pada 19hb Februari 2017 (Ahad).

Antara aktiviti yang menarik:
.
1) Pembangunan Keluarga Sakinah (30 orang)
• 30 peserta dibahagikan kepada 10 keluarga (3 peserta / keluarga) setiap satu untuk menjadi keluarga angkat. Para peserta diminta untuk berkenalan dengan keluarga Rohingya dan memahami keperluan mereka.
• 2 orang peserta bertanggungjawab untuk membeli keperluan mereka.
• Aktiviti ini dijalankan selama separuh hari, dari jam 9 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

2) Sukaneka Keluarga (8 orang)
• Sukaneka kanak-kanak – melibatkan anak-anak Staf / Ex-Cust / Ejen akan bertanding dengan anak-anak dari 25 keluarga Rohingya.
• Sukaneka dewasa – melibatkan SEMUA Peserta dan 25 keluarga warga komuniti Rohingya.

3) Rewang (10 orang)
• Memasak makanan untuk 25 keluarga.
• Makanan yang disediakan adalah makanan sajian Rohingya.
• 25 keluarga bersama para peserta akan makan bersama di kawasan lapang / dewan.
.
4) Perkongsian Keluarga (SEMUA)
• Perkongsian pengalaman oleh wakil keluarga Rohingya.
• Solat Zohor berjemaah.
• Tazkirah oleh wakil MyCARE dan Ketua Komuniti Rohingya.
• Ucapan dari semua pihak.

Susulan untuk menjayakan event ini, kami memerlukan dana sebanyak RM20,000. Oleh itu, ingin memberi peluang kepada sesiapa yang ingin berkongsi kebahagiaan dengan “membeli” BOX of HAPPINESS (BH)!

Hah apa pulak BOX of HAPPINESS nie??

BOX of HAPPINESS (BH) adalah satu konsep sumbangan yang yang divisualkan sebagai “kotak atau hadiah” supaya kita akan feel macam kita seperti membeli something dan akan dapat something back (insyaAllah interm of pahala jariah). Get it?.

Sebanyak 400 BOX of HAPPINESS (1 BH = RM50) bernilai RM20,000 (target kutipan) akan dibuka kepada anda-anda semua yang kita akan gunakan untuk event ARBA Day pada kali ini.

Bagi yang berminat untuk turut serta membahagiakan orang lain (dan diri sendiri), boleh lah membuat sumbangan melalui BOX of HAPPINESS dengan:

1. Menghubungi 013-259 4558 (Encik Hussaini) dan nyatakan bilangan BOX of HAPPINESS yang ingin disumbangkan.

2. Transfer amount yg berkenaan ke akaun:
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD

Maybank: 564258560698
Bank Islam: 12092010034904
CIMB 8602: 135592

3. WhatsAppkan resit/prinstscreen ke nombor di atas untuk rujukan kami.

Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua ke program ini. Sila daftarkan nama anda sebagai peserta ARBA Day dengan menghubungi 013-259 4558 (Encik Hussaini) selewat-lewatnya pada 12 Feb 2017 (Ahad).

ARBA Travel dengan rendah hati ingin mengajak anda untuk share post ini kepada rakan dan family supaya kita dapat mencapai target kutipan dana sebanyak RM20,000 ini dalam masa 2 minggu insha Allah.

Terima kasih kepada yang  sudah menyumbang (dan yang mahu menyumbang). May Allah expand and bless your rizq. May Allah bless our deeds. May Allah forgive us all. Ameen.