Apa yang MyCARE sedang lakukan untuk Gaza?

Walaupun isu gencatan senjata kerap dilaungkan oleh pihak Zionis bagi mengaburi mata dunia, realitinya di bumi Gaza masih ada lagi serangan, kelaparan, dan keperluan dari pelbagai sektor.

 

Alhamdulillah, atas sokongan berterusan anda, MyCARE telah memperuntukkan dan mengagihkan sumbangan berjumlah RM7,376,754.00 merangkumi pelbagai sektor kritikal:

 

 

Makanan dan Nutrisi
(RM2,293,326.00 | 31%)
Makanan panas, kotak makanan, bakul sayuran, tepung, voucher makanan, serta susu dan makanan bayi.

 

Pendidikan dan Sokongan Psikososial
(RM2,065,140.00 | 28%)
Tajaan akademik, pelajar tahfiz, pelajar kurang upaya (buta/autisme), yuran universiti, beg sekolah, speech therapy dan sokongan emosi buat anak-anak yang trauma.

 

 

Kesihatan dan Perubatan
(RM932,400.00 | 13%)
Pemasangan kaki palsu, pembedahan tertangguh, klinik bergerak, cermin mata, kerusi roda, dan bekalan ubat-ubatan.

 

Tempat Perlindungan
(RM676,200.00 | 9%)
Penggantian khemah rosak, alas tarpaulin, tilam, selimut, perkakasan dapur, serta baik pulih jalan.

 

 

Air dan Sanitasi
(RM664,860.00 | 9%)
Bekalan air bersih (trak air), baik pulih & pembinaan telaga baharu, serta penyelenggaraan sistem sanitasi/kumbahan.

 

Sara Hidup Mampan
(RM461,916.00 | 6%)
Modal perniagaan perkhidmatan, pertanian, penternakan, serta kursus kemahiran vokasional dan digital.

 

Keperluan Asas dan Penjagaan Diri
(RM282,912.00 | 4%)
Kit kebersihan, pakaian wanita & kanak-kanak, kasut, baju sejuk, dan
bahan bakar.

 

Gaza masih berdarah, Gaza masih parah.

 
Tonton video
 

Kita boleh memilih sama ada ingin melihat di tepian atau masuk ke medan membantu dari sudut kemanusiaan.

 

Mari bersama MyCARE, kita bina semula Gaza.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyCARE Road Tour 4.0 kembali lagi!

Dari hujung bulan Julai hingga November 2026, kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia membawa satu misi yang lebih besar, lebih mendalam dan lebih bermakna.Tahun ini,

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan