Anugerah Tokoh Srikandi Khaulah al-Azwar

KUALA TERENGGANU, 23 Okt 2016 – Kerajaan Negeri Terengganu bersama MyCARE Terengganu dan Unit Korporat PUSK Terengganu telah menganjurkan Bual Bicara, Perkongsian Women’s Boat to Gaza bersama Dr. Fauziah Mohd Hasan.
Di dalam majlis itu, Dr. Fauziah turut di anugerahkan Tokoh Srikandi Khaulah al-Azwar oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Hj Ahmad Razif bin Abd Rahman. Beliau turut melancarkan Tabung #GiveHope di Terengganu, serta Rose2Rose cawangan Terengganu.





Terima kasih YAB Hj Ahmad Razif Abd Rahman dan Kerajaan Negeri Terengganu!
Turut hadir di majlis Professor Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu.
Misi Dr Fauziah ke Gaza melalui Women’s Boat to Gaza bertujuan untuk membantu wanita dan kanak-kanak mendapatkan rawatan perubatan segera. Sudah ada ibu-ibu membawa anak-anak mereka yang sakit ke Pelabuhan Gaza kerana tahu terdapat seorang doktor dalam perjalanan ke Gaza.
Sungguhpun tidak sampai ke Gaza, misi membantu wanita dan kanak-kanak ini wajib diteruskan maka ayuh membantu mereka melalui Kempen #GIVEHOPE
PROJEK PENAJAAN PEMBEDAHAN PESAKIT MISKIN (GAZA)
Kos Tajaan: RM 100 /unit
Sasaran Tajaan: 15,000 unit
Projek ini akan membantu lebih 3000 wanita dan kanak-kanak miskin yang terpaksa berada didalam senarai menunggu (waiting list) dan senarai penerima bantuan ini telah dikenalpasti oleh pejabat MyCARE – Gaza dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.
Selama 5 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan RM 75 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.
Ayuh ceriakan saudara kita di Gaza melalui 2 langkah berikut:
Dua langkah mudah untuk menyumbang:
1. Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’:
Akaun Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602-135-592
JomPAY Biller Code: 6197
2. Maklumkan melalui email ke account@mycare.org.my bersama salinan slip/resit
Atau
Whatsapp/Telegram ke
+6019-6551948 (Ruhaiza)
nyatakan kemasukan untuk ’#GiveHope’
Kami menerima sebarang amaun/jumlah sumbangan untuk projek ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE: +603-8941 2341 (En Aiman)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Laporan Pencapaian MyQurbani 2025

Assalamualaikum wbt,Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang dengan izinNya, MyQurbani 2025 telah berjaya dilaksanakan bagi tahun yang ke 27.

[PalestinDiserang] Makanan panas untuk Gaza

Di tengah konflik kemanusiaan di Selatan Gaza, MyCARE dan SPANCH telah melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Al-Takiyah: penyediaan makanan harian untuk keluarga rentan.   Selama

MyCARE Road Tour 2025

MyCARE Road Tour (MRT) kembali lagi dengan tema Bersamamu Palestin.Pelbagai aktiviti menarik akan menemui anda di MyCARE Negeri seluruh Malaysia.Simpan tarikh-tarikh penting berikut. MRT 3.0