Al-Awda Ditawan Tentera Israel

[UNTUK EDARAN SEGERA]
29 Julai 2018, 9.30 malam
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengesahkan bahawa pihak kami dan Pusat Komunikasi Misi ‘Right to A Just Future for Palestine’ (JFP) 2018 telah terputus hubungan sepenuhnya dengan Kapal Al-Awda yang sedang belayar ke Gaza pada jam 7.15 petang tadi waktu Malaysia, 49 batu nautika dari Gaza.
Kami percaya Kapal Al-Awda telah ditawan oleh tentera Israel kerana Al-Awda telah dihubungi oleh tentera laut Israel pada jam 5:40 petang dan diberi amaran bahawa mereka akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk menghentikan pelayaran Al-Awda. Al-Awda juga sempat melaporkan kehadiran 4 buah kapal tentera laut Israel sebelum komunikasi terputus.
Kapal Al-Awda membawa 22 orang aktivis kemanusiaan daripada 16 buah negara termasuk wakil tunggal Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh. Kapal ini turut membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000.
MyCARE dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) telah mengaktifkan serta-merta usaha membebaskan ahli misi yang diculik oleh tentera Israel di perairan antarabangsa termasuk menghubungi pihak kedutaan dan pasukan peguam yang telah lantik. Maklumat lanjut akan menyusul.
Kamarul Zaman Shaharul Anwar
CEO
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Lebih ramai jururawat untuk rakyat Gaza

Alhamdulillah, seramai 86 orang pelajar kejururawatan telah berjaya menamatkan pengajian dengan bantuan pembayaran yuran daripada pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Kini, mereka telah mula berkhidmat