Agihan Roti | 5 Oktober 2025

Di Gaza hari ini, roti bukan sekadar makanan.

 

Ia adalah tanda bahawa hidup masih perlu diteruskan meskipun perang meragut segalanya.

 

Sepanjang Oktober 2025, MyCARE bersama Al-Khair Foundation memastikan roti segar dapat dinikmati setiap hari oleh 5,000 keluarga di Deir Al-Balah dan Khan Younis.

 

Usaha ini memberi nafas lega kepada ribuan ibu bapa yang kebingungan memikirkan bagaimana mahu mengisi perut anak-anak mereka.

 

Dengan satu pek roti, seorang ayah dapat melihat senyuman anaknya kembali.

 


 

 

 

 

 

Dengan satu hidangan yang mengenyangkan, seorang ibu mampu menenangkan anak kecilnya yang sering tidur dalam kelaparan.

 

Seorang penerima berkongsi,

 

“Anak saya sudah lama menangis setiap malam kerana lapar. Sejak bantuan roti tiba, mereka tidur kenyang. Itu lebih daripada apa yang saya minta.”

 

Mungkin bagi kita, seketul roti itu kecil nilainya.

 

Namun di Gaza, ia adalah simbol harapan.

 

Harapan bahawa bantuan masih sampai.

 

Harapan bahawa dunia belum berpaling.

 

 

Terima kasih atas sokongan anda yang membolehkan kami meneruskan misi kemanusiaan ini. Semoga setiap roti yang kita hulurkan berubah menjadi kebaikan yang terus mengalir untuk mereka yang diuji, dan untuk kita yang memberi.

 

Bantuan boleh disalurkan melalui pautan berikut:

 

ATAU terus ke akaun:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

 

Hantarkan bukti sumbangan anda ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!