Sumbangan untuk Hospital Ampang & Hospital Serdang

MyCARE telah menghantar 4 unit alat bantuan oksigen sumbangan oleh pelajar-pelajar dari Z&SR Architectural Ventures SB ,makanan kering yang disumbangkan oleh Torku – Malaysia dan sanitizer ke Hospital Ampang serta Hospital Serdang. Menyahut rayuan para frontliners yang bertungkus-lumus membantu dan merawat pesakit-pesakit COVID-19 dengan pelbagai kekurangan peralatan di hospital-hospital awam,

MyCARE sebelum ini telah memberikan 3 unit portable Multi-parameter Patient Monitors berharga hampir RM10,000 setiap satu dan 10 drip stands sebagai bantuan permulaan dan segera ke Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM).

MyCARE menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama kami dalam Tabung Bangkit COVID-19 untuk membantu frontliners dan rakyat Malaysia yang terkesan. Bantuan ini merangkumi dari aspek peralatan, pendidikan, makanan dan lain-lain. Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun. Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000