100 pek makanan untuk pemandu yang terkesan [KitaBangkit]

Sektor perkhidmatan teksi/bas dan e-hailing antara yang terjejas terus sejak PKP 1.0. Sejak pandemik ini menyerang, MyCARE konsisten menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dalam sektor ini.

Pelbagai kisah sedih kami dengari ketika turun di lapangan.

MyCARE telah menyalurkan sumbangan barangan keperluan kepada 100 orang penerima yang terdiri daripada pemandu bas pelancong, bas ekspress, trak, lori dan kenderaan berat dengan kerjasama Persatuan Pakatan Pemandu Berhemah Malaysia (dahulu dikenali sebagai Persatuan Pemandu Bas Pelancong Malaysia).

Penyerahan bantuan dilaksanakan di Pusat Perniagaan Reef, Rawang, Selangor yang dsambut oleh Pengerusi Persatuan, Tuan Nor Aizam Abd Kadir pada 18 Julai 2021.

MyCARE menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama kami dalam Tabung Bangkit COVID-19 untuk membantu frontliners dan rakyat Malaysia yang terkesan. Bantuan ini merangkumi dari aspek peralatan, pendidikan, makanan dan lain-lain.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun.

Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.