Penajaan Anak Yatim MyCARE

Gadis kecil di dalam poster ini bernama Hala Ammar Al Nader. Dia baru berusia 2 tahun 5 bulan. Hala terlalu kecil untuk mengerti apa itu peperangan.

Semasa serangan zalim pihak Zi0nis baru-baru ini, Hala kehilangan insan tersayang. Ayah Hala telah syahid.

Kini Hala bergelar yatim!

Hala adalah antara ribuan anak yatim di Palestin. Setiap tahun angka anak-anak yatim yang kehilangan ayah tempat bergantung, berlindung dan bermanja bertambah. Keadaan bertambah buruk oleh serangan dan kepungan berterusan oleh pihak Zi0nis yang tidak berperikemanusiaan.

MyCARE melalui Projek Penajaan Anak-Anak Yatim telah menaja Hala serta anak-anak yatim yang lain. Namun masih ramai yang memerlukan tajaan.

Untuk menaja anak-anak yatim seperti Hala, para dermawan hanya perlu menyumbang RM190 sebulan atau RM2280 setahun.

Hanya isikan maklumat para dermawan di atau hubungi kami di talian 03-89412341 / 013-7444760 (Raimi Sayuti / Khadijah Said)

Terima kasih. Tajaan para dermawan amat dihargai.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah