Pameran Palestin di Masjid Al-Azim

NILAI, 4 Mei 2021 – Alhamdulillah. Telah berlangsung 2 hari iaitu 3 – 4 hb Mei 2021 pameran Cakna Palestin di Masjid Al-Azim, Kariah Taman Semarak. Pameran memberikan gambaran sejarah (bermula dari 1917 – Deklarasi Balfour), perjuangan, keadaan Palestin bermula dari Nakba (1948) hingga ke hari ini serta inisiatif-inisiatif bantuan kemanusiaan yang dlakukan oleh MyCARE bersama dokongan rakyat Malaysia.

Dengan kerjasama jawatankuasa masjid yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Md Fakarudin Abd Rahman, tabung infaq turut dibuka.

Alhamdulillah pameran telah menarik minat dan mendedahkan kepada ahli jemaah dari pelbagai golongan untuk mengetahui dan merasai nasib yang dilalui oleh rakyat Palestin.

Jumlah infaq ahli-ahli kariah berjumlah RM2,918.00 telah diserahkan oleh pengerusi masjid kepada wakil MyCARE, Dr. Mohd Zin Kandar.

Didoakan semoga Allah ganjari kebaikan bersempena Ramadan yang penuh keberkatan kepada semua yang menyumbang dan berinfaq.

Anda boleh terus berinfaq projek MyRAMADAN membantu mereka yang memerlukan secara mudah iaitu secara online: http://mycare.qrd.by/myramadanns

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah