Tajaan pek iftar kepada frontliners di Palestin [MyRamadan1442H]

Terima kasih rakyat Malaysia!

MyCARE sekali lagi melaksanakan projek tajaan iftar bagi menyediakan lebih daripada 500 pek juadah berbuka yang disalurkan kepada keluarga yang memerlukan di Gaza.

Sebanyak 500 pek keluarga telah diagihkan kepada 500 buah keluarga dan 100 pek individu telah diserahkan kepada 100 orang.

Seramai 2,100 orang telah mendapat manfaat tajaan iftar di antaranya adalah keluarga miskin, pegawai polis dan pengamal perubatan.

Program tajaan iftar ini dilaksanakan secara berkala bagi menyantuni saudara-saudara kita di Gaza yang terkesan dengan food insecurities.


Kami mewakili rakyat Palestin di Gaza mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam projek ini.

“Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”

(Hadis riwayat Imam Tirmidzi bertaraf Hadis Hasan Sahih)

Jom pulun gandaan pahala dengan bersedekah kepada yang memerlukan di:
https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Semoga ada sinar kegembiraan buat mereka di bulan Ramadan dan di musim COVID-19 ini.

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun.

Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

π‘Ίπ’†π’ƒπ’‚π’“π’Œπ’‚π’ π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’π’“π’‚π’π’ˆ π’“π’‚π’Žπ’‚π’Š π’‚π’ˆπ’‚π’“ π’π’†π’ƒπ’Šπ’‰ π’“π’‚π’Žπ’‚π’Š π’Žπ’†π’π’…π’‚π’‘π’‚π’• π’Žπ’‚π’π’‡π’‚π’‚π’•!

“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.” (HR Bukhari dan Muslim)

Tempoh Projek: 31 Mac 2021 – 12 Mei 2021

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk